Episode 12
“Congrats Anna! Kau
dapat conditional offer from Monash
kan?”
“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Aku dah hampir putus asa
menunggu offer letter dari universiti
impian aku ni” Anna senyum lega.
“Kau memang nak pergi Monash ke? Maknanya kau akan tolak offer dari James Cook dan Tasmania?”
Terdiam sejenak….”InsyaAllah, aku dah fikir lama dah pasal ni.”
“Aku dengar Am dapat University of Tasmania, sure kau tak nak sama
universiti dengan lelaki Islam terakhir tu?” pandai pula mengusik.
“Sebab dia nak pergi situlah aku tak nak terima Tasmania. Tak
naklah sama universiti dengan dia. Kalau hari-hari jumpa, takut jadi lain” teringat
kisah silamnya, Anna jadi sebak..
“Suka hati kau lah Anna. Jangan menyesal sudah. Eh, kau dengar
cerita tak?”
“Hmm…apa dia?” malas sungguh Anna nak dengar kalau dah mula nak
bergosip ni.
“Aisyah tu, tak dapat tawaran mana-mana pun. Serves her right. Nama
je muslimah, pakai tudung labuh, tapi pergaulan langsung tak jaga. Dah berkepit
dengan arif dan bizi tu twenty-four/seven. Langsung tak renggang. Siap main
cuit-cuit bahu lagi. Panas je aku tengok. Bawa fitnah kepada agama Islam.”
“Astaghfirullahal ‘adzim……isy, kau ni kan. Beristighfar
banyak-banyak. Aku bukanlah ustazah nak berceramah kat kau, tapi tolonglah jaga
mulut tu sikit. Mengumpat tu dosa tau. Kau suka ke makan daging mayat saudara
sendiri? Eii, jijik tau tak.”
“Isy, tak pasal-pasal aku yang kena sembur. Kau emo ni kenapa? PMS
la tu. Kau sepatutnya lagi marah kat Aisyah tu. Sebabkan dia, kau hampir-hampir
fail monthly test dulu kan?”
“Walau macam mana pun, dia tetap kawan baik aku. Dia pun manusia
juga, tudung labuh ke, tak tudung labuh ke, tak pakai tudung ke, manusia memang
tak terlepas dari kesilapan. Dan siapa kita, nak menghukum? Sedangkan kita
sendiri terlampau banyak kelemahan diri,” menarik nafas panjang. …”Eh, aku
pergi naik dulu lah. Sorry sangat tertinggikan suara kat kau tadi. Maaf ek.”
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang
lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain.
Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima
Taubat, Maha Penyayang” [Al-hujurat: 12]
******************************************************************************
Minggu lepas……
“Betul ke Asya dah buat keputusan nak pergi Monash?”
“Betul ke Asya dah buat keputusan nak pergi Monash?”
“InsyaAllah cik M,” dua tangannya memeluk tubuh tua cik M dari
tepi. “Don’t miss me too much, okay?”
“Amboi, belum duduk overseas
lagi dah pandai nak speaking dengan
mak ye?”
“Haha. Haruslah praktis dari sekarang,”
“Boleh mak tahu kenapa Asya pilih Monash?”
Sebab Islam dapat
Tasmania juga, both of us know that we like each other more than friends, kalau
hari-hari jumpa depan mata, akan ada orang ketiga iaitu syaitan durjana, lepas
tu nanti jadi macam kes Afi dulu. Nau’zubillahimindzalik. Tak apa, biar jarak
dan waktu menentukan, jodoh kan ditangan Tuhan. Lagi pun, kalau Asya tolak
Tasmania, mungkin Aisyah ada peluang nak ganti tempat Asya. Sebab universiti
lain semua dah reject application dia. James Cook pula, Zaid dah terima offer
kat situ. Lagi banyak masalah kalau Zaid terus menghadap muka Asya everyday.
Tiba-tiba rasa macam sejarah berulang, Rey dan Amal, Zaid dan Islam. Tapi kali ni Asya yang semua orang kenal dah
mati, yang tinggal hanya Anna. Dan Anna tak akan ulang kesilapan Asya dulu.
Biiznillah. Asya bermonolog dalaman…………
“Um, sebab Asya dah discuss dengan ayah. Ayah cakap Tasmania tu
pulau kecil, for safety reason, baik duduk dekat mainland. James Cook pula,
program dia 6 tahun, Monash 5 tahun je. Tak naklah Asya duduk dekat Australia
tu lama-lama. Nanti cik M rindu. Kan, betul tak?” Mata memandang cik M dengan
senyuman manja terukir di bibir.
Cik M turut tersenyum, “Pandai pun anak mak ni.” membalas pelukan
Asya dengan lebih erat.
No comments:
Post a Comment