Friday, December 14, 2012

Part 3: Asya, Am dan Anna (Episode 1)


Kosong. Angka kosong itu menarik perhatiannya sejak tadi. Berbentuk bujur dengan ruang tiada garisan di tengah. Kosong. Tanpa isi. Tanpa emosi. Pandangannya beralih ke laman belakang rumah usang itu. Kosong. Rumput menghijau atas tanah rata yang kosong. Sepi. Mana semua orang pergi? Dia tidak ambil peduli. Barangkali semua masih di uni, bercanda dan bergurau senda. Anna yang bergegas pulang selepas kuliah tadi. Lemas dalam lautan manusia. Rimas nak berbicara dalam bahasa asing. Entah kenapa. Bukannya dia tidak fasih berbahasa Inggeris, bukannya dia tak pandai bersosial dengan kawan mat saleh, tapi hari ni dia rasa lain. Kosong. 

Pandangan masih ke laman belakang. Kali ini terpaku pada sepasang rainbow lorikeet di atas tempat sidai baju. Tengok, burung pun ada teman. Tak berseorangan. Tak kosong.







Sedar tak sedar, dah lebih dua bulan Anna di bumi Australia. Tapi baru hari ini rasa itu menjergah. Rasa apa? Kosong. Bukannya tak ada kawan, bukannya jarang telefon keluarga, malah hampir setiap hari Anna berbual dengan Cik M. Bukan sekejap, tapi hampir setengah jam setiap kali. Tapi masih kosong. Mengapa? Ya, dia sebenarnya rindu yang amat sangat. Rindu akan perasaan itu. Rindu akan rasa istimewa. Rindu pada Am? Mungkin. Habis tu rindu pada siapa? Rindu akan Tuannya yang juga Pemiliknya. Pasti.


Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest [13:28]

Thursday, September 20, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 12)


Episode 12


Congrats Anna! Kau dapat conditional offer from Monash kan?”

“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Aku dah hampir putus asa menunggu offer letter dari universiti impian aku ni” Anna senyum lega.

“Kau memang nak pergi Monash ke? Maknanya kau akan tolak offer dari James Cook dan Tasmania?”

Terdiam sejenak….”InsyaAllah, aku dah fikir lama dah pasal ni.”

“Aku dengar Am dapat University of Tasmania, sure kau tak nak sama universiti dengan lelaki Islam terakhir tu?” pandai pula mengusik.

“Sebab dia nak pergi situlah aku tak nak terima Tasmania. Tak naklah sama universiti dengan dia. Kalau hari-hari jumpa, takut jadi lain” teringat kisah silamnya, Anna jadi sebak..

“Suka hati kau lah Anna. Jangan menyesal sudah. Eh, kau dengar cerita tak?”

“Hmm…apa dia?” malas sungguh Anna nak dengar kalau dah mula nak bergosip ni.

“Aisyah tu, tak dapat tawaran mana-mana pun. Serves her right. Nama je muslimah, pakai tudung labuh, tapi pergaulan langsung tak jaga. Dah berkepit dengan arif dan bizi tu twenty-four/seven. Langsung tak renggang. Siap main cuit-cuit bahu lagi. Panas je aku tengok. Bawa fitnah kepada agama Islam.”

“Astaghfirullahal ‘adzim……isy, kau ni kan. Beristighfar banyak-banyak. Aku bukanlah ustazah nak berceramah kat kau, tapi tolonglah jaga mulut tu sikit. Mengumpat tu dosa tau. Kau suka ke makan daging mayat saudara sendiri? Eii, jijik tau tak.”

“Isy, tak pasal-pasal aku yang kena sembur. Kau emo ni kenapa? PMS la tu. Kau sepatutnya lagi marah kat Aisyah tu. Sebabkan dia, kau hampir-hampir fail monthly test dulu kan?”

“Walau macam mana pun, dia tetap kawan baik aku. Dia pun manusia juga, tudung labuh ke, tak tudung labuh ke, tak pakai tudung ke, manusia memang tak terlepas dari kesilapan. Dan siapa kita, nak menghukum? Sedangkan kita sendiri terlampau banyak kelemahan diri,” menarik nafas panjang. …”Eh, aku pergi naik dulu lah. Sorry sangat tertinggikan suara kat kau tadi. Maaf ek.”



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang” [Al-hujurat: 12]



******************************************************************************


Minggu lepas……

“Betul ke Asya dah buat keputusan nak pergi Monash?”

“InsyaAllah cik M,” dua tangannya memeluk tubuh tua cik M dari tepi. “Don’t miss me too much, okay?

“Amboi, belum duduk overseas lagi dah pandai nak speaking dengan mak ye?”

“Haha. Haruslah praktis dari sekarang,”

“Boleh mak tahu kenapa Asya pilih Monash?”

Sebab Islam dapat Tasmania juga, both of us know that we like each other more than friends, kalau hari-hari jumpa depan mata, akan ada orang ketiga iaitu syaitan durjana, lepas tu nanti jadi macam kes Afi dulu. Nau’zubillahimindzalik. Tak apa, biar jarak dan waktu menentukan, jodoh kan ditangan Tuhan. Lagi pun, kalau Asya tolak Tasmania, mungkin Aisyah ada peluang nak ganti tempat Asya. Sebab universiti lain semua dah reject application dia. James Cook pula, Zaid dah terima offer kat situ. Lagi banyak masalah kalau Zaid terus menghadap muka Asya everyday. Tiba-tiba rasa macam sejarah berulang, Rey dan Amal, Zaid dan Islam.  Tapi kali ni Asya yang semua orang kenal dah mati, yang tinggal hanya Anna. Dan Anna tak akan ulang kesilapan Asya dulu. Biiznillah. Asya bermonolog dalaman…………

“Um, sebab Asya dah discuss dengan ayah. Ayah cakap Tasmania tu pulau kecil, for safety reason, baik duduk dekat mainland. James Cook pula, program dia 6 tahun, Monash 5 tahun je. Tak naklah Asya duduk dekat Australia tu lama-lama. Nanti cik M rindu. Kan, betul tak?” Mata memandang cik M dengan senyuman manja terukir di bibir.

Cik M turut tersenyum, “Pandai pun anak mak ni.” membalas pelukan Asya dengan lebih erat.

Monday, September 10, 2012

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful........and His messenger Muhammad sallahu'alaihiwassalam....

Apologies to dear readers for not keeping my word to post new episode at least fortnightly. I have been struggling with time. There were moments when i had an influx of ideas for the upcoming episodes, it was very frustrating not being able to jot it down. Just a quick update, part 2 is almost coming to an end. I can't wait to start writing part 3, which will be the most exciting of all. InsyaAllah. Doakan semoga diberi kesempatan ruang dan waktu. Thank you for being awesome!


moga Allah redha
-ADC-

Sunday, August 12, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 11)


Episode 11

“Assalammualaikum bro. Hebatlah kau masa training tadi,” Zaid menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Iz menyambut tangan Zaid, “Waalaikumsalam. Eh mana ada bro, kau lagi hebat dowh, kau kan kapten. Aku biasa-biasa je.”

“Tapi apasal aku tak pernah nampak kau turun padang sebelum ni?” Hairan juga. Mana muncul budak hebat main ragbi ni tiba-tiba. Mau tergugat aku sebagai kapten pasukan kolej.

“Oh, aku budak baru kat sini. Aku masuk A level January intake.”

“Patutlah. Kau budak engineering lah kan?”

“Ha’a. Kau pulak buat course apa?”

“Aku buat medic. Bakal doktor. Haha. Mesti kau tak percaya kan?” Zaid menduga.

“Hahahahahaha. Weyh, agak-agaklah bro. Budak medic semua nerd kot, mana ada yang main ragbi macam kau ni.”

Hoi, aku serius lah. Aku memang amik medic. Haha, dah agak dah. Kau mesti tak percaya.”

Terhenti ketawa,”Serius ek? Wah, lagi lah aku kagum dengan kau. Eh, maknanya kau kenal la Asya kan?”

“Asya mana pulak ni? Kalau dia cun, confirm aku kenal.” Zaid berseloroh.

“Haha. Asya satu sekolah dengan aku dulu. Setahu aku Asya pun amik medic juga kat kolej ni. Bukannya ramai pun budak medic kat sini, tak kan kau tak kenal dia?”

“Serius aku tak pernah dengar nama tu. Apa nama penuh dia?”

“Riana Rasya Binti Adam”

Zaid terdiam.




***************************************************




Sejak dua menjak ni, Anna sering keseorangan. Aisyah semakin menjauhkan diri darinya. Satu kelas mula memperkatakan tentang Aisyah. Kemana-mana asyik dengan budak-budak lelaki. Bertepuk-tampar sana sini. Langsung tidak sesuai dengan imej muslimah yang dibawanya. Tiada siapa berani bertanyakan hal sebenar kepada Anna. Nampak gaya macam mereka memang bergaduh besar. Anna terus menumpukan perhatian kepada pelajaran. Dalam setiap ujian internal, markahnya makin melonjak naik. Dia memang betul-betul ingin ke Australia menyambung pelajaran. Itu sahaja doanya kepada Allah saban hari. Semoga di tanah seberang akan bermulanya hidup baru seorang yang bernama Anna.

Am juga begitu. Dalam bilik dia penuh dengan peta Australia. Penaik semangat katanya. Sahabat-sahabat lain tak kurang hebatnya. Masuk semester akhir ni semua nak kiasu. Mana taknya, kalau tak dapat fly nanti malu dengan keluarga dan cikgu-cikgu.   

Zaid pula, tanpa disedari sudah mula berubah. Setiap bait perbualan dia dengan Iz di padang ragbi beberapa bulan lalu, masih segar di ingatannya. Sejak mengetahui siapa Anna yang sebenar, rasa hormatnya kepada Anna menggunung tinggi. Dia mula melayan Anna dengan sopan. Zaid sedar betapa besar ujian yang telah menimpa Anna selama ini. Dan bukan senang untuk seseorang bangkit semula setelah jatuh begitu teruk. Baru zaid mengerti kenapa Anna adalah Anna sekarang. A very cold, mysterious person.It’s always more than what meets the eye. Dan semua itu bukan salah Anna, Anna tak pernah meminta agar ianya terjadi.





Dari pagi dia asyik memerhatikan Anna. Sengaja diambil tempat duduk paling belakang dalam kelas. Supaya dia dapat melihat setiap gerak-geri Anna. Sekarang tengah kelas English, apa yang Madam Zu membebel kat depan kelas, langsung tidak dihiraukannya. Kejap lagi ada chemistry lab. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus diutarakan kepada Anna.

“Anna, boleh aku cakap sikit dengan kau?” Zaid memberanikan diri untuk membuka bicara. Sepanjang eksperimen tadi mereka diam seribu bahasa.

Anna mula merasakan ada yang tak kena dengan Zaid hari ni. “Aku nak pergi lunch lah lepas kemas-kemas ni. Kau nak cakap apa?”

Zaid menghulurkan sesuatu kepada Anna,”Nah, ni lunch kau kan? Vitagen dengan chocolate bun. Aku pergi 7-eleven tadi.”

Anna terkesima, sejak bila mamat ni jadi stalker aku,”Mana kau tahu aku suka makan ni? Scary la kau ni……..um, thanks anyway.”

“Anna, aku nak tanya ni.”

“Tanya apa?”

“Kenapa dengan aku je kau cakap kasar? Guna aku-kau tu semua, tapi dengan orang lain kau tak cakap macam tu?”

“La tu je ke. Cause I don’t want you to fall in love with me. Chey, ada gaya A Walk to Remember tak?” Anna ketawa sambil tangan mencubit roti coklat untuk disuap ke mulut.

What if I am already in love with you?......“Eh, aku serius ni. Kau jangan buat lawak pulak”

Anna berhenti mengunyah,”Ok. Aku serius. Kau betul nak tahu ni?”

“Yup, 110 percent sure madam,” wajah Zaid serius.

Fine. Sebab aku tak suka orang handsome yang budget. Aku rasa semua lelaki handsome ni sama je. Suka mainkan perempuan. And aku nak prove kat semua orang yang tak semestinya perempuan akan suka lelaki handsome. Lagi pun kau yang cakap kasar dengan aku dulu, tak kan lah bila aku jawab dengan kasar balik, kau nak terasa? Man, you asked for it,”

Kalau aku tak tahu kisah silam Anna, confirm aku hentam dia balik. Tapi tak apa, aku harus bersabar, “Ok, aku tahu dulu aku layan kau teruk, aku minta maaf. Tapi kan sekarang aku dah berubah. Kau sendiri nampak kan? Lagi satu, kau tak boleh nak generalize Anna. Tak semua lelaki sama.”

“Tak kisahlah kau nak cakap apa, bagi aku semua lelaki kacak ni sama je. I have promised myself not to fall in love with a handsome man. Enough said. Kau nak tanya apa-apa lagi tak? Kalau tak, aku nak pergi computer lab kejap sebelum kelas bermula”

Aku tahu Anna, aku tahu kau sangat terluka………tapi aku bukan macam dia………..”Anna, kau tahu tak kau orang pertama yang aku suka bukan sebab rupa?”

Anna tergelak. Terus muka yang tadinya serius bertukar, “Kau buat lawak apa ni Zaid? Ceh, kau nak cakap aku tak cantik la tu kan? Hahaha. Dahlah, aku kena pergi.” Anna terus melangkah pergi meninggalkan Zaid.



Hati Anna sayu………Zaid, you can’t be serious. And even if you are, aku tak akan pernah sukakan kau. Sebab kau sering mengingatkan aku kepada dia………dan kerana dia, aku benci semua lelaki handsome. Aku benci rugby players. Aku tak sanggup nak merasai sakit itu lagi. I have promised myself not to get involved again, I want a lawful husband, not another boyfriend. Ya Allah, please grant me a husband who will make me fall in love with You everyday, who will guide me and bring me closer to You, who is full of patience and kindness towards me, who can accept me with all my flaws…but for now, please let me focus on my studies, please let me attain great results so that I can start fresh. Again........I will never give up searching for You, my One and Only Love……even if I am alone in this journey, You will never leave me……and having You by my side is more than enough....I love You, Allah…..ameen.



"Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'' [Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (Al-Imran:173).




Saturday, August 11, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 10)


Episode 10

Sedar tak sedar, dah lebih 6 bulan Anna di kolej persediaan. Sudah tidak lama sebelum peperiksaan akhir bermula. Yang bakal menentukan masa depan Anna, sama ada menyambung pengajian di sini, atau di tanah seberang. Persahabatan  Anna dengan Aisyah yang dulunya akrab, mula goyah. Sikap Aisyah beberapa hari ini merunsingkan Anna. Pagi tadi, sebelum keluar rumah, Aisyah menyuruh Anna pergi ke kelas dahulu, dia akan menyusur kemudian katanya.  Anna mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10.20 pagi, ujian English akan bermula dalam masa sepuluh minit. Ujian ini akan menyumbang markah sebanyak 10 peratus dari keseluruhan markah matapelajaran English. Aisyah masih belum tiba. Anna mula tak senang duduk. Ujian bermula, dan Anna tidak boleh fokus. Idea untuk menulis essay yang telah difikirkannya semalam, hilang semuanya. Fikirannya kosong, hanya risau menanti kehadiran Aisyah.  Seketika itu, pintu kelas dikuak.

“Morning, sorry I’m late Madam Zu.” Aisyah mengambil tempat duduk dan terus mula menulis essay tanpa membuang masa. 
Anna menarik nafas lega dan cuba menumpukan perhatian ke atas kertas kosong yang berada di hadapannya.


********************************************************************



“Anna, can I speak to you personally?” tegas suara Madam Zu. Sudah seminggu berlalu selepas ujian English tempoh hari.

“Sure, madam” Anna mengambil tempat duduk di hadapan meja Madam Zu.

“Can I ask you what’s happening? The essay that you wrote the other day was the worst essay I’ve ever read. And you have always been my best student. What is wrong?”

“I’m sorry madam. I’m really sorry to disappoint you. It’s just that I’m very worried about a friend of mine. She is not herself these days, and I don’t know why.”

“It’s Aisyah, isn’t it? I know that you two are very close together. But her problem should not get in the way between you and your studies. Especially since she performed really well in the test last week. Seems to me that her problem is affecting you more than herself.”

Anna terdiam. Mungkin betul apa yang Madam Zu cakap. Anna sendiri yang tak boleh nak concentrate sebenarnya. Aisyah seorang yang kuat. She has always been strong. Walau apa pun masalah yang dihadapinya, dia tak akan biarkan pelajaran terabai. Sedangkan,Anna masih dengan perangai lamanya. Kalau dia risaukan orang, memang urusan sendiri akan terabai. Sometimes she cares too much about others but not herself.


Sampai sahaja di rumah, Anna terus menuju ke bilik Aisyah. Pintu diketuk, tapi tiada jawapan.
“Assalammualaikum Aisyah,” masih tiada jawapan.
Anna memulas tombol pintu, tidak berkunci rupanya. Aisyah sedang baring di atas katil dengan berselubung selimut.

“Maaf Anna, Aisyah senggugut,” suara Aisyah lemah.

“Oh ye ke, dah makan ubat dah?”

“Dah”

“Anna nak tanya sikit boleh? Kenapa Aisyah macam berubah sekarang?”

“Berubah macam mana?”

“Aisyah macam nak larikan diri dari Anna. Dah lama kita tak sembang. Dah lama juga Aisyah tak ajak Anna pergi usrah. Kenapa ya?”

Aisyah menghela nafas panjang, wajahnya masih ditutup dengan selimut. Tidak mahu bersemuka dengan Anna,”Aisyah ada masalah sikit. Malas nak jumpa semua orang. Bukannya ada orang boleh tolong pun”

“Dengan Anna pun tak nak cerita ke? Kita kan dah macam adik-beradik. Ye lah, kalau Anna tak boleh tolong pun, at least I can be your listener. A shared happiness is double the happiness, but a shared sorrow is half the sorrow. Right?”

“Anna tak kan faham. You have a perfect life, you have everything that you’ve ever wanted. You will never understand what I am going through. Nobody will.”

Mata Anna mula berkaca, kalaulah Aisyah tahu kisah silamku…..but this is not about me, she is in distress, I shouldn’t take it personally…..Anna menarik nafas dalam-dalam, ”Tapi Allah kan ada, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah kata jadi, jadilah. Kun fa ya kun. Kita tak boleh putus asa dari mengharap pertolongan Allah. Allah Maha Penyayang”

“Kalau Allah sayang, kenapa Aisyah diuji sampai macam ni sekali?” suara Aisyah bergetar menahan tangis…

“Sebab Allah sayanglah Allah nak uji. Kan permulaan surah Al-Mulk ada cakap, Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things, Who created life and death that He may try you; which of you is best in deeds; and He is the Mighty, the Forgiving. Allah nak tengok siapa yang kuat imannya. Kan Aisyah yang bagi tahu Anna dulu?”

“Anna, boleh tak tolong keluar sekarang. Tolong biarkan Aisyah sendirian. Please…”


Anna melangkah keluar dengan perlahan………Ya Allah, betapa besarnya ujianMu buat diriku ini……..di saat aku mula mengenaliMu, di saat hatiku sudah terpaut kepada cintaMu, saat itu juga Kau ambil Aisyah dariku……Aisyah yang kuharap dapat memimpin tanganku meniti jalan yang lurus untuk bertemu denganMu………..Aisyah yang kuharap dapat menjadi teman setiaku di saat suka dan duka…………Aisyah yang menjadi tulang belakangku selama ini…..kenapa ya Allah? Dan saat ini juga aku diuji dengan silamku………..pertemuan dengan Iz tempoh hari benar-benar mengejutkan aku. Tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi. Iz kawan baik aku sejak di tingkatan satu……….tapi aku bukan lagi aku yang dulu. What should I do when the past keep knocking on my door and my present keep running away from me? How am I supposed to get to You, my Rabb? 

Sunday, July 29, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 9)


Episode 9

“Semalam aku nampak Anna kat Social Room kolej. Dengan mamat mana entah. Handsome kot

“Ha’a, aku nampak jugak. Masa tu aku tengah main ping pong sementara tunggu kelas petang”

“Kau perasan tak mesra betul diorang tu. Siap tukar-tukar handphone nak baca inbox masing-masing”

“Aku tahu, aku tahu. Obvious kot, depan semua orang macam tu.”

“Aku pelik jugak, Anna jenis yang sangat secretive, dia boleh pergi mana-mana sorang-sorang, buat kerja sendiri tak kacau orang. Muka tak ada perasaan je all the time, especially dengan boys kelas kita. Nak tengok dia senyum pun susah kot. Tapi dengan mamat tu bukan main lagi.”

“Entah-entah tu boyfriend Anna. Kalau tak silap aku, mamat tu baru masuk kolej ni, buat A levels. Kalau lab partner dia si Zaid tu dengar, confirm jealous habis. Haha”

Zaid yang telah lama berdiri di belakang mereka tiba-tiba bersuara,”Hoi, kau orang ni suka cari pasal ngan aku kan. Berapa kali aku nak cakap, aku tak suka dia la. Record aku selama ni semua awek cun yang datang approach aku. Tak macho la bai kalau aku kena approach si Anna ni. Lagi pun, dia bukan taste aku la. Tak cukup cantik.”

Mak aih, berlagak seyh kau ni. Sekali, Anna tak nak pun kau. Haha”

Eleh, korang tengok sendiri kan macam mana dia layan aku. Semua lab report aku suruh dia buat, dia ikut je cakap aku”

“Betul jugak tu” disambut dengan ketawa berderai mereka bertiga.



Am yang mendengar perbualan tersebut dari jauh mula berasa tak senang duduk. Sesungguhnya dia memang malas nak dengar segala gosip yang timbul kalau ahli rumah dah berkumpul macam ni. Tapi bila diorang sebut je nama Anna, hati dia bergetar. Segala ribut taufan, gempa bumi, tsunami semua ada dalam hati. Mata tiba-tiba segar, telinga jadi alert. Aduh, aku sendiri tak faham. Dari dulu, impianku untuk hidup bersama isteri yang solehah, kuat agama dan faham Islam dengan sebenarnya. Sebab aku nak anak-anak aku membesar dengan didikan agama yang sempurna. Tapi apa dah jadi sekarang, aku sendiri tak boleh explain apa yang aku rasa. Setiap hari aku bangun pagi, pergi kelas, senyuman Anna yang aku tunggu. Walaupun senyumannya tak pernah untuk aku. Tapi aku bahagia saat dia gembira. Aku pening, yang pasti, Anna bukanlah wanita idamanku selama ini. Jauh panggang dari api. Dia dari sekolah swasta, confirm anak orang kaya. Rupa pun ada, mustahil lah tak ada boyfriend. Aku ni siapa, mak bapak orang biasa je. Sekolah pun biasa-biasa, cuma Allah murahkan rezeki aku masuk kolej persediaan untuk sambung belajar dalam bidang perubatan. Aku bersyukur yang tak terhingga........hmm...... Anna……..Anna……..Anna…..what have you done to me?

Part 2: Am dan Anna (Episode 8)


Episode 8

“Alhamdulillah, sampai juga rumah.”

“Bas mini tadi dahsyat betul, dah macam tauhu sumbat taugeh. Dah penuh, orang dok tolak-tolak lagi. Bau busuk peluh orang campur perfume macam-macam, horror!”

“Sorry la ek. Aisyah pun tak expect ramai orang malam-malam macam ni. Maybe because it’s Saturday night, ramai orang keluar.”

Takpe, bukan salah Aisyah pun.” Senyum ikhlas.

So Anna, what do you think?” Pandangannya tepat ke anak mata Anna. Sangat ingin tahu.

It was alright, I guess. Anna betul-betul terkesan dengan ayat Surah Sad tu.”

“Oh, yang ayat 27 sampai 29 tu ek?”

Ha’a, bila Allah cakap Dia tak ciptakan apa yang ada antara langit dan bumi dengan sia-sia. Anna terfikir tadi, bila pandang atas, nampak langit yang sangat cantik penuh dengan bintang-bintang bersinar; bila pandang bawah, nampak tanah yang melitupi permukaan bumi. Jadi apa yang ada di tengah-tengah, kita la kan?”

“Betul, kitalah yang Allah maksudkan. Pastu kan Allah cakap dalam ayat selepas tu, orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan tak sama dengan orang yang melakukan kerosakan di bumi; orang bertakwa tak sama dengan orang jahat.”

“Tapi, kalau orang tu dulu dia jahat sangat?”

“Lagi jahat dari Lord Voldemort dalam Harry Potter tu?” saja mengusik

“Haha. Main-main pulak Aisyah ni”

“Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya, suruhlah orang tu baca Quran. Kan Allah cakap dalam ayat seterusnya tu, Al-quran diturunkan penuh berkah agar…” tak sempat nak menghabiskan ayat, Anna dah sambung.


“Agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan orang berakal sihat mendapat pelajaran. Betul kan?”

“Wah, ingat lagi apa Kak Adz bacakan tadi!” Aisyah kagum.

Senyum puas, “Alhamdulillah. Eh, tadi sebelum pergi Aisyah cakap usrah tu keluarga kan. Kenapa ek?”

“Ye lah, cuba bayangkan kalau ayah kita dapat gaji bonus banyak, beribu-ribu, confirm dia akan agihkan kepada isteri dan anak-anak dulu. Kalau dia gembira dapat sesuatu, confirm dia nak family dia dapat benda yang sama, betul tak?”

“Ahaa…..elaborate lagi?” garu kepala tak faham.

“Kalau Anna ada boyfriend, satu hari tu Anna dapat satu berita gembira, mesti Anna tak sabar nak share dengan dia kan, sebab Anna sayang dia. Bayangkan pulak kalau Anna dapat satu warning sign, mestilah Anna nak bagi tahu dia untuk selamatkan dia. Jadi, dalam usrah ni, kita berkongsi pasal Islam. Apa sahaja ilmu atau kefahaman tentang Islam yang kita dapat, kita nak share dengan ahli usrah so that semua orang dapat kegembiraan tu. Which is the ultimate happiness, Jannah. Kita tegur-menegur, nasihat-menasihati supaya semua orang berada atas landasan Islam yang sebenar. Sebab tu la Aisyah cakap family means nobody is left behind. We don’t want anybody to be left out when we meet again in Jannah. InsyaAllah” Manis senyuman Aisyah, seakan-akan dia tengah membayangkan kemanisan di syurga abadi.

Bestnya macam tu! Betul, manusia ni pelupa. Most of the time, ignorant. Bagus juga ada orang nak ingatkan dan berkongsi dengan kita. Kalau macam tu, nanti Aisyah nak pergi lagi ajak tau”

“Alhamdulillah kalau Anna rasa macam tu, boleh, dengan izinNya. Jomla tidur, nanti esok nak kemas rumah kan? Good night Anna,” berlalu ke biliknya, meninggalkan Anna di ruang tamu rumah sewa. 

Anna duduk bersila di atas sofa. Hatinya sebak. Senyum yang dipaksa sejak tadi, kini pudar. Airmata mengalir laju di pipi. Ya, aku faham benar apa yang Aisyah sampaikan. Sebab aku pernah menyayangi si dia. Sungguh indah perasaan ingin berkongsi kegembiraan dan menjaga satu sama lain. Kalaulah si dia sayang padaku sedemikian rupa, alangkah indahnya bercinta sampai syurga! ………Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya ..........Allah, Engkau memang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…….setiap kali aku lari, Engkau memanggilku kembali…….sebelum ini aku tak pernah menghargai Engkau, malah aku lebih suka bermain lumpur yang kotor, tapi sikit pun Kau tidak berganjak dari sisiku……..saat aku putus asa, Kau sentiasa ada………tapi manusia, adakah yang begitu? Manusia sering meninggalkan aku…….Ya Allah, aku bagaikan mendapat hidup baru……tolong jangan ambil dia dariku ya Allah……. Aisyah, kalaulah kau tahu apa yang aku telah lakukan, sudikah lagi kau menjadi sahabatku? You’re my family now, please don’t leave me behind

Thursday, July 26, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 7)


Episode 7

The Heart, in its journey to Allah subhanawat’ala is like that of a bird: Love is its head, and fear and hope are its two wings. When the head and two wings are sound, the bird flies gracefully; if the head is severed, the bird dies; if the bird loses one of its wings, it then becomes a target for every hunter or predator. 

Love, fear and hope; they are the guardians of what we do. Humans are driven by love, or the absence of love (that is hatred). Fear and hope keep our life in balance. We fear that something is not going to turn out the way we want, to the point that we sometimes give up trying. But hope is there to keep us going. For we know that Allah is capable of everything. And in hope of getting what we want, sometimes our effort goes skyrocketing, to even do what is forbidden for us to do. But fear is there to stop us, for we know that Allah is severe in punishment. If we lose either fear or hope, we will succumb to never ending desires; and be the victim of self-destruction.


Love, fear and hope. They brought me here today. The ultimate love for Allah, fear of His punishment, and hope for His Mercy……..

Eyes fixed on the flock of seagulls up in the air; above the clear blue ocean. They move like acrobats of the sky; making unique formations one after another. SubhanAllahi wabihamdihi, SubhanAllahil ‘adzim. It’s winter. But I cannot separate myself from the beach. To be here alone, watching nature at its best, to be thinking about my Love, it's priceless. No matter how many layers I have to put on.

As the gush of icy-cold wind brushes off my face, memory of that turning point comes alive. Seems like yesterday I was lost in the ocean of darkness, and today I was reborn to look at the world from a different angle. Aisyah. She will always be special to me. Who would ever think that one decision; which seemed to be small and insignificant at that point of time, has turned my life 180 degrees.



“Aisyah, usrah tu apa?”

“[senyum]. Usrah tu maknanya family. Family means no one is left behind”




Wednesday, June 13, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 6)


Episode 6

Petang yang nyaman. Seperti kebiasaan, setiap hari Sabtu mereka akan berkumpul di padang belakang kawasan perumahan. Berdekatan dengan Tasik Selasih, tempat warga kota memerah peluh, melonggarkan seluruh sendi-sendi yang telah penat bekerja sepanjang minggu. Juga tempat kanak-kanak kecil bermain, berkenalan dengan rakan baru serta meluangkan masa bersama ibu dan ayah. Di sebalik realiti hidup sekarang yang disimpulkan dengan rumah besar tapi keluarga kecil, duit banyak tapi hati tak gembira, boleh pergi sampai ke bulan tapi jiran sendiri tak kenal; masih ada segelintir masyarakat yang faham dan hadam erti rukun tetangga. Dan Tasik Selasih menjadi saksi, di mana masyarakat dari pelbagai lapisan umur, dari pelbagai walks of life bertemu.

Budak-budak muda kalau dah berkumpul, apa lagi, riuh-rendah satu dunia dengan gelak ketawa dan senda gurau mereka. Seolah-olah sudah bertahun tak bertemu, sedangkan setiap hari menghadap muka yang sama sahaja di dalam kelas. Ada sahaja bahan lawak dan usikan sepanjang mereka bersiap sedia dan memanaskan badan untuk bersukan. Paling tidak pun, pensyarah-pensyarah di kolej yang menjadi mangsa.

Tepat pukul lima. Mereka memulakan permainan. Satu pasukan dengan baju warna tema hitam, satu lagi pasukan kuning. Setiap orang mengambil tempat masing-masing. Lelaki itu berdiri di posisi central midfield. Gayanya menggelecek bola seperti seorang pemain profesional. Nasiblah sesiapa yang main defense. Dapat sahaja bola di kakinya, bulan jatuh ke riba pun dia tak akan lepaskan. Sebaik sahaja peluang keemasan menjelma, dia hantar bola kepada striker dan sekelip mata papan markah bertukar satu-kosong.

“Kau ni memang hantu dribbling lah. Babuji kot. Respek, respek,” bunyi sorakan menyahut laungan rakan sepasukannya.
Lelaki itu tersenyum. Puas. Sambil mengesat peluh di dahi dengan lengan baju jersey hitam yang dipakainya.

Permainan diteruskan. Setelah hampir setengah jam, masih lagi satu-kosong. Nampaknya pasukan kuning telah memperkasakan pertahanan mereka. Namun, lelaki itu masih belum menyerah kalah. Menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengasak pihak lawan. Kemudian, secara tidak sengaja, Zaid dari pasukan kuning melakukan offside offence. Nasib menyebelahi mereka. Inilah masanya. Lelaki itu segera mengambil tempat untuk free kick. Dia memang pakar bab ini. Rakan-rakan sepasukan menanti dengan penuh debaran. 

Nafas ditarik dalam-dalam, pandangan dilontarkan kehadapan menuju target. Tiba-tiba matanya terpaku. Bumi seakan-akan berhenti berputar. Orang sekeliling seakan-akan tak wujud. Seperti ada penghalang, suara laungan dan pekikan dipantulkan semula dari cuping telinganya. Seolah-olah masa terhenti saat itu. Pandangannya terus kepada satu subjek di hujung padang. Subjek yang memakai baju kurung kuning air. Dan berjalan penuh ayu dengan mendakap buku di dada, berserta beg galas tepinya. 



“Say to the believing men that they cast down their looks and guard their private parts; that is purer for them. Surely Allah is aware of what they do.” [An-Nur: 30]



“Wei, Am! Kau tengok apa? Tercegat kat situ macam nampak hantu. Seratus lapan puluh kali aku panggil tak berjawab,”

Am disedarkan kembali dengan tepukan di bahu kanannya. Bola masih di kaki. Entah sudah berapa kali wisel ditiup. Astaghfirullah hal ‘adzim…….Aduh, parah aku ni…. Hairan, apa dia buat di sini? Yang aku tahu dia duduk di kediaman pelajar yang lagi satu, yang lebih dekat dengan kolej. Kalau ikutkan, jauh juga nak datang ke sini…dengan pakaian sebegitu……tak pernah-pernah aku nampak…..”Oh, sorry aku distracted jap tadi…….jom sambung main,”


Anna membetulkan kedudukan pin di tudung. Memastikan ia cukup labuh untuk menutupi  dada. Kalau semua orang pakai tudung labuh macam Aisyah ni macam mana, habislah….. Self-conscious. Tu la, yang gatai nak ikut Aisyah pi usrah ni siapa suruh. Tapi, dah dia ajak. Tak kan aku nak cakap tak nak. Tapi aku sendiri pun curious nak tahu usrah tu apa sebenarnya…….Anna bermonolog dalaman. It’s okay Anna, you go with the correct intention. Solely to gain mardhotillah. InsyaAllah this will benefit you in the long run.