Tuesday, December 27, 2011

Part 1: Asya (Episode 3)


Episode 3

“Riana Rasya binti Adam!”

Asya tersedar dari lamunan panjang. Kelam-kabut dia bangun mengambil kertas peperiksaan pertengahan tahun dari Cikgu Rahmat. Angka tujuh puluh tujuh langsung tak menggembirakan. Pandangannya dilontarkan jauh ke dusun bersebelahan bangunan specialist. Pokok-pokok rambutan gading sudah mula berbuah. Kuning cantik menceriakan suasana dusun yang muram sebelum musim buah tiba. Pokok manggis dan durian juga sudah mula mengeluarkan putik. Pemandangan itu, ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui tingkap bilik Geografi, sedikit sebanyak menceriakan hati asya. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.


“Asya, awak kenapa tadi? Cikgu Rahmat panggil tiga kali baru awak jawab. Fikir pasal Rey dan Amal la tu, betul tak? Haish, orang bercinta macam ni la” Sarah ketawa mengejek.

“Isy, ada ke. Rey dan Amal tu kawan baik je la. Hmm….Tak tahulah Sarah. Sejak akhir-akhir ni, asya banyak teringat kenangan waktu form 1. Bagaimana asya dulu masa mula-mula menjejakkan kaki di sini. Sekarang dah lain…”

Sarah sedar kan perubahan nada suara asya....“Um….asya macam sedih je, cerita la kat Sarah. Mana tahu, boleh tolong ke”

Somehow, asya rasa dah banyak berubah….”

“Berubah macam mana?” 

“Asya rasa macam dah hilang identiti sendiri. Sarah tahu kan, pelajar-pelajar sekolah ni lain. Ramai anak orang besar-besar, anak menteri, anak CEO. Cara hidup dan perwatakan pun lain. Asya takutlah. Sebab sekarang asya sendiri buat perkara-perkara yang asya sangat tak suka waktu dulu”

“Maksud asya?” 

“Contohnya, Asya sekarang makin malas nak pergi solat di musollah. Selalu tak cukup masa, solat kat dorm cepat-cepat je. Lebih-lebih lagi towards netball tournament ni. Percubaan PMR pun tak lama lagi. Banyak sangat alasan. Kadang-kadang sampai nak habis waktu baru nak solat”

“Ala, tu je ke, ingatkan apa tadi. Solat kat dorm pun solat juga. Solat jemaah kat musollah bukan wajib pun. Housemistress tak kisah siapa yang pergi. Tak ada attendance pun. Daripada asya risau pasal ni, baik asya fikir nak pilih Rey ke Amal. Sarah dah lama tunggu nak tahu keputusan Asya ni, haha


Allah Taala telah berfirman bahawa barangsiapa yang tidak menjaga waktu solat, yakni tidak berusaha untuk solat pada awal waktu, maka mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat kecelakaan……"Maka celakalah orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya" [Al-Ma'un : 4-5]

Jam di dinding prep room menunjukkan pukul 8 malam, bilik yang menempatkan kesemua 20 pelajar perempuan tingkatan 3 makin penuh. Sebentar lagi, Ibu akan datang memastikan semua pelajar senyap dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap ulangkaji pelajaran atau kerja rumah. Hati asya masih tidak tenteram. Perasaan serba salah yang dialaminya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata….

***********************************************************************

Tuesday, December 20, 2011

Part 1: Asya (Episode 2)


Episode 2

“Bangun! Cepat bangun! Subuh, Subuh!” Suara itu diiringi bunyi ketukan kuat di pintu dorm


Ibu sangat terkenal dengan suara lantangnya. Memang sesuai dengan pekerjaannya sebagai warden asrama. Kalau suara lembut dan perlahan macam asya, alamat semua orang tak bangun pergi kelas. Asya yang masih penat dek latihan sukan petang semalam, bangun perlahan dari katil. Dia sangat bertuah kerana bilik air di sini bukan terletak di luar dorm seperti sekolah asrama lain. Satu dorm kongsi tiga bilik air dan dua tandas. Hanya sembilan pelajar ditempatkan dalam satu dorm. Jadi, asya tak perlu tunggu lama untuk giliran mandi.

Selesai membersihkan diri, asya cepat-cepat mencapai telekung putih yang tergantung dalam locker. Dengan shirt putih dan seluar slack khaki, dia keluar dari dorm menuju musollah. Sambil berjalan, dia berselawat sendirian dalam hati. “Allahumma solli’ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, Allahumma sollia’la Muhammad, wa’ala ali Muhammad, Allahumma sollia’la Muhammad, wa’ala ali Muhammad….”

“Morning asya!” tangan kecil itu pantas menarik rambut ponytail asya dari belakang.

“MasyaAllah! Sarah ni,” nada suara terkejut. Kemudian, asya senyum sambil mengurut dada.

Sarah tertawa kecil melihat asya kelam-kabut membetulkan ikatan rambutnya. Dari jauh kelihatan pintu musollah terbuka luas. Beberapa pasang selipar berwarna-warni tersusun di tepi dinding. Mereka berdua masuk dan mengambil tempat di saf kedua. Asya hairan. Bilangan orang berjemaah Subuh makin sedikit dari hari ke hari. Rata-ratanya pelajar baru seperti asya dan sarah. Cuma yang imamnya ialah pelajar senior tingkatan 5.


Hari ini, 1 Amanah ada kelas Bahasa Malaysia untuk first period. Seperti biasa, semua kelas Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam diadakan di theatrette. Asya duduk paling depan dalam kelas. Sebab mak dan ayah asya selalu pesan, berkat cikgu tu penting. Duduk depan boleh membantu asya menumpukan sepenuh perhatian kepada cikgu yang mengajar.

“Bangun semua. Assalammualaikum Cikgu!” Rey menjalankan tugasnya sebagai ketua kelas. Pagi itu, semua berjalan dengan lancar sehinggalah waktu rehat tiba. Rey menghampiri asya dalam perjalanan dari theatrette ke academic locker.

“Asya, tunggu. Semalam nak cakap dengan awak tak sempat. Macam mana training semalam, ok ke?”

“Um, boleh la. Pancit gak kena seksa dengan firaun tu,” jawab asya selamba.

Rey ketawa, “Dahsyat juga abang nas train korang kan. Boys lak semalam apek bawa masuk obstacle course. Kira stamina training la. Not too bad.”

Bestnya! Firaun tu memang tak ada belas kasihan langsung. Tapi faham la, rumah Razak dah lama tak menang Sports Day. Eh, jap. Nak simpan buku kat locker.”


Pintu locker bernombor 317 sedikit renggang. Risau juga asya, takut buku-bukunya dicuri orang. Minggu lepas, asya dah berjumpa dengan Encik Zahar minta betulkan lock, tapi sampai sekarang masih belum berhasil. Dengan tangan kiri mendakap buku, tangan kanan asya menarik pintu locker. Sekotak coklat beserta nota berwarna kuning jatuh ke lantai. Nama asya tertera di hadapannya. “Siapa pula yang bagi ni,” detik hati kecilnya….

******************************************

Tuesday, December 13, 2011

Part 1: Asya (Episode 1)

Part 1 (Asya)

Episode 1

2002
Nafasnya tak tentu arah, tercungap-cungap selepas penat berlari. Latihan untuk sports day makin rancak. Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum event. Firaun tu bukan main kejam hari ni. Tak cukup lapan round pusing trek, disuruhnya asya dan lain-lain lari naik turun bukit kat sebelah MPH (multi purpose hall). Asya mengesat peluh yang membasahi dahi. Tudung plain cotton warna putih yang dipakai cepat-cepat diperbetulkannya. Asya tak suka kelihatan selekeh, walaupun selepas bersukan. Dua hujung tudung diikat kemas ke belakang sambil kedua belah kaki melangkah merentasi padang hoki. Kelibat cahaya merah di kaki langit menunjukkan senja makin ke penghujung. Asya mempercepatkan langkah. Dari jauh, kedengaran suara sayup-sayup memanggil namanya.


“Asya! Asya! Laju btol jalan. Tunggula kejap,” Rey berlari-lari anak menuju ke arahnya.

“Tapi asya dah lambat la. Dah maghrib ni. Nanti sampai dorm nak kene tunggu turn shower lagi. Esok je la kita cakap ok?” laung asya tanpa memperlahankan langkahnya.


Di sebelah malamnya, hampir seluruh waktu prep habis begitu sahaja, asya begitu asyik dalam lamunan sendiri. Sedar tak sedar, sudah hampir empat bulan dia berada di sini, private school yang letaknya satu kilometer dari jalan besar. Jauh ke dalam hutan belantara. Masih segar di ingatan, perasaan asya masa mula-mula menjejakkan kaki. “wow, macam resortla!” Sedih dan gembira bercampur-baur kerana terpaksa meninggalkan keluarga jauh di utara semenanjung. Teringat kembali kata-kata ustazah rafeah, “asya tak payah la pergi Centre of Excellence tu, ramai orang kata kat situ tak boleh pakai tudung, kelas renang pun campur laki perempuan.” Tapi Alhamdulillah, ternyata sangkaan ustazah itu hanyalah benar suatu waktu dulu. Kini tidak lagi.


**************************************

Intro

Bismillahirrahmanirrahim.........
Novel ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang hamba Allah.
Asya, gadis sederhana yang melalui peringkat-peringkat perubahan yang membawanya sedikit demi sedikit menuju Tuhan. Mula mengenali dirinya sendiri dengan lebih mendalam dan menemui erti hidup sebenar. 
Kadang-kadang, manusia senang berasa selesa dengan apa yang dimiliki......sampai terlupa hakikat bahawa SEMUANYA milik Allah dan pinjaman semata-mata. 


Dari pujaan ramai lelaki, kepada lembah kehinaan manusia sekeliling.
Dari kesibukan mengejar dunia, kepada mujahadah mengejar yang pasti.
Dari hidup penuh selesa, kepada hidup bersudah-payah demi cintaNya.


Itulah Asya. Dia bukan insan luar biasa, dia hanya salah seorang dari kita....


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
                                                                        [Az-Zariyat:56]