Kosong. Angka kosong itu menarik perhatiannya sejak tadi.
Berbentuk bujur dengan ruang tiada garisan di tengah. Kosong. Tanpa isi. Tanpa
emosi. Pandangannya beralih ke laman belakang rumah usang itu. Kosong. Rumput
menghijau atas tanah rata yang kosong. Sepi. Mana semua orang pergi? Dia tidak
ambil peduli. Barangkali semua masih di uni, bercanda dan bergurau senda. Anna
yang bergegas pulang selepas kuliah tadi. Lemas dalam lautan manusia. Rimas nak
berbicara dalam bahasa asing. Entah kenapa. Bukannya dia tidak fasih berbahasa
Inggeris, bukannya dia tak pandai bersosial dengan kawan mat saleh, tapi hari
ni dia rasa lain. Kosong.
Pandangan masih ke laman belakang. Kali ini terpaku
pada sepasang rainbow lorikeet di atas tempat sidai baju. Tengok, burung pun
ada teman. Tak berseorangan. Tak kosong.


Sedar tak sedar, dah lebih dua bulan Anna di bumi Australia. Tapi baru hari ini rasa itu menjergah. Rasa apa? Kosong. Bukannya tak ada kawan, bukannya jarang telefon keluarga, malah hampir setiap hari Anna berbual dengan Cik M. Bukan sekejap, tapi hampir setengah jam setiap kali. Tapi masih kosong. Mengapa? Ya, dia sebenarnya rindu yang amat sangat. Rindu akan perasaan itu. Rindu akan rasa istimewa. Rindu pada Am? Mungkin. Habis tu rindu pada siapa? Rindu akan Tuannya yang juga Pemiliknya. Pasti.
Verily
in the remembrance of Allah do hearts find rest [13:28]
No comments:
Post a Comment