Tuesday, January 31, 2012

Part1: Asya (Episode 8)


Episode 8

Sebaik sahaja sekolah dibuka semula, pelajar tingkatan 4 mula sibuk. Mana tak nya, semua kerja rumah, persatuan dan kelab kami dipertanggungjawabkan. Pelajar tingkatan 5 sibuk dengan persediaan SPM, tingkatan 3 dengan PMR, tingkatan 1 dan 2 pula masih terlalu mentah untuk uruskan projek-projek. Walaupun jawatan tertinggi masih dipegang oleh pelajar tingkatan 5, tetapi semua itu hanyalah birokrasi semata-mata. Sebetulnya, yang bekerja keras adalah kami.


“Aunty, uncle, cute girl. Come here. We have discounts up to 50 percent for official souvenirs. Ada payung, pen, kemeja-T, topi dan manyak lagi. Mai singgah sebentar. Lai lai,” suara Mei Mei cukup kuat untuk menarik pelanggan yang melalui main foyer. Bahasa Inggeris memang hebat. Lain pula apabila berbahasa melayu. Loghat utara dan slang cina semua dicampur macam rojak. Geli hati juga mendengarnya. Sesekali jemari runcing Mei Mei menyusun kemas barang-barang di atas meja di hadapannya. Tak lupa juga menyelak buku rekod jualan. Kali ini dia bertanggungjawab sebagai pengarah projek. Sungguh berwibawa. Lagaknya persis seorang pengerusi kelab. Tak mustahil satu hari nanti Mei Mei akan mengambil alih jawatan yang disandang oleh abang John.


Family Day datang lagi. Keluarga pelajar dijemput memeriahkan sekolah. Ibu bapa boleh berjumpa dengan guru di waktu pagi untuk berbincang berkenaan prestasi akademik anak masing-masing. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan, minuman, kraftangan, hasil seni dan lain-lain. Ada juga aktiviti sukan dan riadah di waktu petang. Malam pula dihiasi dengan persembahan drama dan tarian. Tahun ini Kelab Sejarah mengambil peluang untuk mengadakan jualan souvenir. Sasaran keuntungan harus melebihi seribu ringgit. Hasilnya nanti, ditambah dengan projek-projek lain yang telah dijalankan sepanjang tahun akan digunakan untuk lawatan ke Sarawak.

“Eh, itu asya mana? I want her to mend the stall for a while. I need to settle a few things with our supplier.”

“Hmm….biasalah asya. Kalau Family Day, memang dia akan perap diri dalam dorm.” Sarah masih ingat peristiwa setahun yang lalu di mana asya menangis teresak-esak dalam pelukannya. Dato’ Khairi, ayah kepada kak zana memarahi kerani pejabat kerana tersalah anggap asya sebagai anaknya. Kata-kata Dato’ Khairi bahawa pakaian dan gaya asya langsung tak layak digelar anak kepada Dato’ amat memilukan. Hati asya tercalar teruk. Peristiwa itu bukan yang pertama dilaluinya. Seringkali orang mempertikaikan kemasukan Asya ke sekolah ini. Jika bukan kerana pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, asya tak akan berada di sini, di kalangan anak-anak hartawan, orang kenamaan dan golongan elit .

“Tak apalah. Kamu jaga sini sampai saya balik lor.”

“Ok. No problem.” Sarah angguk. Hatinya sayu.



Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara [Al-Hujurat : 10]. Dan setiap yang bersaudara itu ibarat satu tubuh yang sama. “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh; apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuh akan sulit tidur dan merasa demam.” (Riwayat Muslim)

*******************************************************************************


Tuesday, January 24, 2012

Part1: Asya (Episode 7)


Episode 7

PMR sudah selesai. Tamat sudah episod persekolahan Asya di lower form. Hanya doa dan kuasa Allah sahaja yang boleh membantu ketika ini....Debar hati menunggu keputusan keluar dilupakan sekejap, lantaran kegembiraan cuti sekolah menjelma.  Seperti biasa, asya akan menghabiskan cutinya di rumah. Meluangkan masa bersama keluarga tercinta yang jarang-jarang sekali bersua muka. Buka sekolah nanti, Asya jadi senior. Bermulalah cerita baru. Tak sabar. Nanti boleh pegang jawatan lebih tinggi dalam persatuan. Ada banyak perancangan untuk projek-projek terbaru Kelab Sejarah. Mr. Raja would be pleased, no doubt. Senyumannya terukir lebar.....


Ketika asyik mengelamun dalam bilik, deria bau asya menangkap sesuatu yang amat dikenalinya. Wah! Wanginya bau ni……masak lemak ikan masin, sambal sotong, terung bakar……….tak makan lagi dah terasa kelazatannya. Bukan setakat makan, tengok pun belum lagi ni. Hanya sekadar bau. Tetapi kalau cik M yang masak, dapat bau sahaja sudah cukup untuk meramal kesedapan masakannya. Semakin laju langkah Asya menuruni anak tangga. Sampai sahaja di dapur, terus dipeluk cik M dari belakang. Kuat. Erat. Seperti bertahun-tahun tidak berjumpa.

“Isy, MasyaAllah budak ni! Terkejut la mak. Kan ke minyak tgh panas dalam kuali, pergi dok depan. Jangan kacau mak masak,” nada bergurau.

“Ala, asal datang dapur je kena halau. Habis tu, sampai bila-bila pun tak tahu memasak.”

“Tak apa. Tugas Asya belajar sahaja sekarang. Memasak tu, bila sampai masanya nanti, boleh cuba,” senyum…

Asya turut tersenyum,”Ye lah cik M.”



Ruang tamu rumah dua tingkat ini sangat sederhana. Boleh dikatakan semua perabot dah bertahun usianya. Asya melabuhkan punggung di atas sofa berbunga merah. Selesa. Pandangannya dilontarkan ke luar jendela. Segala macam pokok memenuhi halaman. Pokok delima, betik, ubi kayu, limau kasturi, ceri, pokok pisang dan banyak lagi. Pokok pisang sahaja sudah melebihi lima jenis. Salah satunya, ditanam sendiri oleh Asya. Puas. Hasilnya sudah dapat dirasai. Berbudi pada tanah bak kata orang tua, memang berbaloi.


“Dan Dia memudahkan untuk (kegunaan dan faedah) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mempunyai tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti” [45:13]



“Kring! Kring!!!”

“Asya, telefon!” laung cik Nadi.

Laju tangan asya mencapai gagang, “Assalamualaikum. Siapa tu ye?”

“Waalaikumsalam. Hai Asya. Iz ni. Amacam cuti, tak pergi mana-mana ke?”

“Oh, Iz ke. Routine call kan? Asya dah agak dah.”

Ketawa, “Oh, itu pasti. Wajib call asya every school holidaysBoring kot dok rumah je. Dapat borak dengan asya best juga”

Iz, atau nama penuhnya Izzuan. Kawan baik asya sejak tingkatan satu. Tempat luahan rasa, berkongsi suka dan duka, bertanya pendapat baik dari segi pemakaian, pelajaran, mahu pun soal hati dan perasaan. Iz selalu je ada. Kalau tengok dari segi persamaan, langit dan bumi jauhnya. Memang berbeza langsung, 180 darjah. Totally opposite. Iz drummer orchestra, kaki lepak dekat music studio, asya sports person dan langsung tak minat muzik. Iz memang natural genius, tak perlu belajar pun boleh score. Asya pula nerd sejati, homework tak pernah tak siap. Tapi keakraban mereka tidak dapat disangkal lagi.

Tuesday, January 17, 2012

Part 1: Asya (Episode 6)


Episode 6

Pagi yang hening. Musollah sudah kosong.
Hanya kedengaran alunan suara membaca ayat terakhir Surah Ar-Rahman.
Quran berwarna hijau dengan tulisan keemasan di kulitnya diletakkan kembali ke atas rak.

Entah kenapa, sejak cikgu Aufa memberitahu kelas tentang kelebihan Surah Ar-Rahman sebulan yang lalu, Asya pasti akan membacanya setiap hari selepas solat Subuh. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187). Setiap kali itu juga, hatinya merasa tenang.......
 "Ar-Rahman bermaksud Maha Pemurah, sifat Pemurah inilah yang telah mengurniakan kita dengan segala macam nikmat yang kita miliki sekarang. PMR dah nak dekat ni, saya syorkan kamu semua baca surah ini setiap hari." suara Cikgu Aufa masih jelas di fikirannya.


Jam dah pukul 7, kertas Bahasa Malaysia akan bermula dua jam lagi. Hari pertama PMR. Debar hati tak payah nak cakaplah, letak tangan di dada pun sudah boleh rasa. Macam nak tercabut jantung. Macam-macam perasaan; takut, tak bersedia, teruja, nak cepat habis, tak percaya pun ada juga, rasa macam baru je masuk sekolah ni. Terbayang wajah mak dan ayah yang berada jauh di utara tanah air. Ya Allah, kurniakanlahku semangat dan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan pada hari ini. Demi ibu bapa ynag telah bersusah payah berkorban untukku, bantulah diriku supaya dapat membalas jasa mereka. Tajamkanlah pemikiranku, kuatkanlah daya ingatanku, jauhiku dari sebarang kecuaian dan kesilapan.....amin.....
Keluar sahaja dari musollah, wajah itu yang menerpa pandangannya. Adoi, kenapa muka dia jugak yang ada kat sini. Awal sungguh datang exam hall. Memang sah pelajar cemerlang. Nasib baik aku dah pakai tudung. Isy, kenapa macam makin dekat je ni, pergilah duduk kat tempat lain. Tak boleh lari dah macam ni. Ok, tarik nafas dalam-dalam, senyum je.

"Hai Asya! Awal sampai?"
Ketawa kecil, "Saja siap awal, duduk musollah, to cool down my nerves. Awak tu yang pelik, boys lain mana datang lagi."
Senyum "Oh, saya datang awal nak bagi awak ni"
Sedikit terkejut.....Tangan kanan Asya menyambut kad comel berwarna merah. "Thanks! All the best to you!"


Lima hari lepas.....

"Asya mana boleh macam ni! Kita tak boleh suka hati mainkan perasaan orang macam ni. Awak tahu kan, both Rey and Amal really, really like you. Kena buat pilihan cepat. Awak suka yang mana satu?"

"Tak boleh Sarah, dua-dua pun sama baik. Seorang macam bestfriend, sangat faham jiwa asya, seorang lagi macam prince charming, lelaki idaman semua perempuan. Asya tak sampai hati nak buat pilihan. Lagi pun Amal mana pernah cakap terus terang dengan Asya. Kami banyak buat kerja persatuan bersama, itu saja"

"PMR dah dekat ni, sampai bila nak macam ni? Sampai bila asya nak layan je dua-dua orang?"

"Sebab PMR nak dekatlah Asya lagi tak sanggup. I don't wanna be labelled as a heartbreaker. Lepas examla baru fikir how to settle this"

"Then you prefer to be a player? Dengan kes abang Rizal, Zack, Boy, ntah siapa lagi. Isy, malasla. Asya fikir sendirilah!"
Sungguh, bukan Sarah seorang, ramai lagi budak perempuan batch yang sedar akan perangai Asya. Peminat keliling pinggang, semua dilayan. Cuma sebelum ni, diorang tak kisah sangat sebab lelaki-lelaki yang terlibat semua batch lain. Bila libatkan budak batch sendiri, dah jadi kes besar. Semangat batch yang melampau kat sekolah ni buat semua orang jadi sensitif. Semua orang nak Asya buat pilihan cepat. Tapi mungkin aku seorang je yang berani nak bersuara. Sebab aku kenal sangat Asya tu macam mana, memang daripada dulu dia tak tahu nak tolak, tak sampai hati nak hampakan, tak sanggup nak lukakan perasaan orang. Bila cikgu suruh buat apa sahaja, dia akan turuti. Kerja kelab dan persatuan nombor satu sampai kadang-kadang makan pun tidak. Kawan-kawan minta tolong, dia tak pernah kecewakan. Sikap Asya yang inilah, menjadikan dia popular di sekolah ini, pelajar cemerlang, favourite student semua staf dan cikgu. Budak-budak lelaki sangat senang berdamping dengannya, senyum je selalu. Haish, tapi asya.......bila dah jadi macam ni, aku tak boleh berdiam diri. Aku kesian tengok budak dua orang tu menaruh harapan....


"You have to grow up, Asya. The truth hurts for a little while, but lies hurt forever."
Kata-kata Sarah masih terngiang-ngiang di telinganya. Quote dari Eileen Parra tu ada benarnya.
Tangan kanan yang memegang kad merah itu ditenungnya, tulisan "All the best girl! Nama pun Asya. I know you can do it! -64-" tertera di tengah-tengah. Tulisan itu……..sekilas, asya teringatkan memori di tingkatan 1…..’Sekotak coklat beserta nota berwarna kuning yang jatuh dari locker 317’……tidak salah lagi. Memang betul khabar angin yang didengarinya sebelum ini…….MasyaAllah…..Ya Rahman, ampunkanlah kelemahanku......
****************************************************

Tuesday, January 10, 2012

Part 1: Asya (Episode 5)


Episode 5

Malam itu, selesai sahaja membersihkan diri dan berwuduk, Rey berjalan beriringan dengan Amal ke dewan makan. Dalam fikirannya, bermacam-macam rancangan disusun rapi. Untuk mencapai tujuan yang satu. Bagaimana harus dia meluahkan perasaan kepada Asya…..Dewan yang menempatkan hampir 300 orang pelajar itu bercahaya terang, riuh dengan suara pelajar-pelajar lelaki bergurau senda. Malam ni Encik Zakaria sediakan supper berat, mee goreng pedas dan lazat. Siapa mahu tolak, seminggu sekali dapat makanan sebegini untuk supper. Hari-hari lain terpaksa redha dengan air teh o dan roti coklat. Isy, orang kat Somalia makanan pun tak ada. Aku kat sini dapat roti coklat, masih merungut. Patutnya aku bersyukur.

Mereka berdua mengambil tempat di meja hujung sebelah kanan dewan bersama enam pelajar lain yang sudah lama duduk menunggu di situ. Tidak seperti pelajar lain, Amal langsung tak pernah merungut. Dia dibesarkan dalam keluarga sederhana dan sudah biasa dengan makanan yang ala kadar. Asalkan dapat mengisi perut yang lapar setelah lebih dua jam menelaah di prep room, dia sudah bersyukur. Lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan PMR, Amal sedar dia memerlukan lebih tenaga untuk berjaga malam. Sambil membaca handwritten notes biologi yang menjadi subjek kegemarannya, Amal makan dengan sopan dan perlahan.

Wei, Amal! Cuba kau dengar lagu ni. Aku tujukan khas untuk kau, sebab aku tahu kau tak sabar. Haha”
Amal mengambil earphones dari tangan Che Mat yang duduk di hadapannya, lantas menyumbat kedua-dua belah ke telinga. Irama merdu berkumandang……


♫♪ kau tersenyum,
kuterpaku….
Jejari halusmu,
menggenggam rambutku……
sinaran matamu…….menusuk di kalbu
tak mungkin kumelupakan
sebegini pengalaman….
lalu hatiku berkata,
segala untukmu… ♪♪♫


woih.. kasar ni. Ni lagu Innuendo Tidur Sayang kan? haha. Bukan untuk anak ke? Kahwin pun belum lagi nak ada anak dah. Aku pulak yang kena tak sabar, kau kot che mat! By the way, thanksBest la lagu ni. Haha.”

“Orang kata nikmat berpasangan dalam perkahwinan tu sementara je. Nikmat berkeluarga tu yang lagi besar. Tak salah kita look forward a big step aheadPergh bagi kursus kahwin pulak aku kat sini, chey. haha. pot amir layan~ “

“Ceh, PMR pun belum lepas. Focus che mat, focus. Kahwin ni semua lambat sangat lagi. Haha. Ok aku gerak dulu, nak pergi surau, solat Isyak.”


Angin sepoi-sepoi bahasa membawa dingin malam menusuk tulang sebaik sahaja Amal meninggalkan dewan makan dan berjalan seorangan menaiki tangga ke arah surau. Sesekali, dia membetulkan rambutnya yang semulajadi berwarna coklat keperangan agar songkok yang dipakai kelihatan kemas. Baju melayu hijau pucuk pisang lengkap dengan sampin menyerlahkan lagi kulit putih berseri Amal. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Dalam kotak fikirannya, lagu tadi memenuhi ruang, berlatar-belakangkan gelagat Asya bermain dengan seorang budak perempuan yang sangat comel. Itulah gambaran kehidupannya sepuluh tahun akan datang, Amal menaruh harapan tinggi….Hampir tiga tahun, isi hatiku tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Aku selesa begini. Persis seekor kodok yang menaruh hati kepada sang puteri. Yang setia menghantar hadiah pada setiap harijadinya, mengirimkan kata-kata semangat atas nota yang dihias indah pada setiap kali peperiksaan, tetapi hanya mampu memandang senyuman sang puteri dari jauh. Satu hari nanti, jika diberi kekuatan dan keizinanNya, Asya akan tahu juga……….


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia [An-nur: 26]

Tuesday, January 3, 2012

Part 1: Asya (Episode 4)


Episode 4

Bunyi sorakan pelajar perempuan menusuk gegendang telinga. Lagu kolej bahagian chorus dinyanyikan penuh semangat. Match kali ni memang sengit. Siapa sangka, pemain jasin bangkit menebus kekalahan mereka. Tinggal lima minit, masih seri. Satu lagi line-out, mungkin yang terakhir. Hanya 15 meter dari goal line. Semua orang berdebar-debar. Supporters bergerak berpusu-pusu ke bucu kiri padang untuk menyaksikan bola penentu. Hooker kolej sudah bersedia untuk throw in. Sekelip mata, nama asya dilaungkan tiga kali, Rizal diangkat, terus menyambut bola dan lari sekuat hati. Touch down!!! Victory was ours. Sweet.


“Ahhh! Panas. Sakit hati aku. Kalaulah aku main team Jasin tadi, confirm dah lembik rizal kena tackle. Nak ikutkan saiz, aku berkali ganda lagi tough dari dia. Tak pasal nama asya jadi line-out code. Mentang-mentanglah dia senior, buat ikut suka hati mak bapak dia. Tadi pun nasib je, konon nak impress asya la tu. Cis, bertambah lagi satu rival aku. Dengan masalah lain yang masih belum selesai, aku kena fikir pasal rizal pulak. Ahhh!!!! Asya aku punya. Tak kira!” rey menggenggam kedua penumbuknya.


Narrated Abu Hurairah r.a.: The prophet s.a.w. said, “The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger.”                                                                     [Sahih Al-Bukhari, 8/6114]


“Kau apa hal ni? Walaupun aku sendiri geram dengan cara budak-budak jasin tu main tadi, tapi kita menang kot. Tu yang penting. Relax la bro,” tegur shaz.

Rey termanggu-manggu sebentar. Dalam hatinya berharap agar shaz tidak dengar ngomelannya sebentar tadi. 

“Aku happy la. Tak Nampak senyum lebar ni?” Rey memaksa diri untuk senyum.

“Haha. Ok, aku nak mandi. Jumpa kat dining hall kejap lagi.”

Rey kembali berseorangan dalam dorm C2. Bermacam-macam strategi bermain di fikirannya. Dia sangat bersungguh-sungguh untuk memenangi hati asya. Bagi Rey, dia adalah yang paling layak. Mereka sudah hampir tiga tahun berada dalam kelas yang sama. Berkongsi rahsia dan masalah sudah menjadi sebahagian dari rutin harian. Tiada yang lebih memahami dirinya selain asya. Rey tak sanggup, dan sekali-kali tidak akan membiarkan asya jadi milik orang lain. Tak boleh jadi ni, asya perlu tahu apa yang dia rasa. Rey nekad.

***************************************************