Episode 3
“Riana Rasya binti Adam!”
Asya tersedar dari lamunan panjang. Kelam-kabut dia bangun mengambil kertas peperiksaan pertengahan tahun dari Cikgu Rahmat. Angka tujuh puluh tujuh langsung tak menggembirakan. Pandangannya dilontarkan jauh ke dusun bersebelahan bangunan specialist. Pokok-pokok rambutan gading sudah mula berbuah. Kuning cantik menceriakan suasana dusun yang muram sebelum musim buah tiba. Pokok manggis dan durian juga sudah mula mengeluarkan putik. Pemandangan itu, ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui tingkap bilik Geografi, sedikit sebanyak menceriakan hati asya. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Asya, awak kenapa tadi? Cikgu Rahmat panggil tiga kali baru awak jawab. Fikir pasal Rey dan Amal la tu, betul tak? Haish, orang bercinta macam ni la” Sarah ketawa mengejek.
“Isy, ada ke. Rey dan Amal tu kawan baik je la. Hmm….Tak tahulah Sarah. Sejak akhir-akhir ni, asya banyak teringat kenangan waktu form 1. Bagaimana asya dulu masa mula-mula menjejakkan kaki di sini. Sekarang dah lain…”
Sarah sedar kan perubahan nada suara asya....“Um….asya macam sedih je, cerita la kat Sarah. Mana tahu, boleh tolong ke”
“Somehow, asya rasa dah banyak berubah….”
“Berubah macam mana?”
“Asya rasa macam dah hilang identiti sendiri. Sarah tahu kan, pelajar-pelajar sekolah ni lain. Ramai anak orang besar-besar, anak menteri, anak CEO. Cara hidup dan perwatakan pun lain. Asya takutlah. Sebab sekarang asya sendiri buat perkara-perkara yang asya sangat tak suka waktu dulu”
“Maksud asya?”
“Contohnya, Asya sekarang makin malas nak pergi solat di musollah. Selalu tak cukup masa, solat kat dorm cepat-cepat je. Lebih-lebih lagi towards netball tournament ni. Percubaan PMR pun tak lama lagi. Banyak sangat alasan. Kadang-kadang sampai nak habis waktu baru nak solat”
“Ala, tu je ke, ingatkan apa tadi. Solat kat dorm pun solat juga. Solat jemaah kat musollah bukan wajib pun. Housemistress tak kisah siapa yang pergi. Tak ada attendance pun. Daripada asya risau pasal ni, baik asya fikir nak pilih Rey ke Amal. Sarah dah lama tunggu nak tahu keputusan Asya ni, haha”
Allah Taala telah berfirman bahawa barangsiapa yang tidak menjaga waktu solat, yakni tidak berusaha untuk solat pada awal waktu, maka mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat kecelakaan……"Maka celakalah orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya" [Al-Ma'un : 4-5]
Jam di dinding prep room menunjukkan pukul 8 malam, bilik yang menempatkan kesemua 20 pelajar perempuan tingkatan 3 makin penuh. Sebentar lagi, Ibu akan datang memastikan semua pelajar senyap dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap ulangkaji pelajaran atau kerja rumah. Hati asya masih tidak tenteram. Perasaan serba salah yang dialaminya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata….
***********************************************************************
No comments:
Post a Comment