Episode 2
“Bangun! Cepat bangun! Subuh, Subuh!” Suara itu diiringi bunyi ketukan kuat di pintu dorm.
Ibu sangat terkenal dengan suara lantangnya. Memang sesuai dengan pekerjaannya sebagai warden asrama. Kalau suara lembut dan perlahan macam asya, alamat semua orang tak bangun pergi kelas. Asya yang masih penat dek latihan sukan petang semalam, bangun perlahan dari katil. Dia sangat bertuah kerana bilik air di sini bukan terletak di luar dorm seperti sekolah asrama lain. Satu dorm kongsi tiga bilik air dan dua tandas. Hanya sembilan pelajar ditempatkan dalam satu dorm. Jadi, asya tak perlu tunggu lama untuk giliran mandi.
Selesai membersihkan diri, asya cepat-cepat mencapai telekung putih yang tergantung dalam locker. Dengan shirt putih dan seluar slack khaki, dia keluar dari dorm menuju musollah. Sambil berjalan, dia berselawat sendirian dalam hati. “Allahumma solli’ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, Allahumma sollia’la Muhammad, wa’ala ali Muhammad, Allahumma sollia’la Muhammad, wa’ala ali Muhammad….”
“Morning asya!” tangan kecil itu pantas menarik rambut ponytail asya dari belakang.
“MasyaAllah! Sarah ni,” nada suara terkejut. Kemudian, asya senyum sambil mengurut dada.
Sarah tertawa kecil melihat asya kelam-kabut membetulkan ikatan rambutnya. Dari jauh kelihatan pintu musollah terbuka luas. Beberapa pasang selipar berwarna-warni tersusun di tepi dinding. Mereka berdua masuk dan mengambil tempat di saf kedua. Asya hairan. Bilangan orang berjemaah Subuh makin sedikit dari hari ke hari. Rata-ratanya pelajar baru seperti asya dan sarah. Cuma yang imamnya ialah pelajar senior tingkatan 5.
Hari ini, 1 Amanah ada kelas Bahasa Malaysia untuk first period. Seperti biasa, semua kelas Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam diadakan di theatrette. Asya duduk paling depan dalam kelas. Sebab mak dan ayah asya selalu pesan, berkat cikgu tu penting. Duduk depan boleh membantu asya menumpukan sepenuh perhatian kepada cikgu yang mengajar.
“Bangun semua. Assalammualaikum Cikgu!” Rey menjalankan tugasnya sebagai ketua kelas. Pagi itu, semua berjalan dengan lancar sehinggalah waktu rehat tiba. Rey menghampiri asya dalam perjalanan dari theatrette ke academic locker.
“Asya, tunggu. Semalam nak cakap dengan awak tak sempat. Macam mana training semalam, ok ke?”
“Um, boleh la. Pancit gak kena seksa dengan firaun tu,” jawab asya selamba.
Rey ketawa, “Dahsyat juga abang nas train korang kan. Boys lak semalam apek bawa masuk obstacle course. Kira stamina training la. Not too bad.”
“Bestnya! Firaun tu memang tak ada belas kasihan langsung. Tapi faham la, rumah Razak dah lama tak menang Sports Day. Eh, jap. Nak simpan buku kat locker.”
Pintu locker bernombor 317 sedikit renggang. Risau juga asya, takut buku-bukunya dicuri orang. Minggu lepas, asya dah berjumpa dengan Encik Zahar minta betulkan lock, tapi sampai sekarang masih belum berhasil. Dengan tangan kiri mendakap buku, tangan kanan asya menarik pintu locker. Sekotak coklat beserta nota berwarna kuning jatuh ke lantai. Nama asya tertera di hadapannya. “Siapa pula yang bagi ni,” detik hati kecilnya….
******************************************
No comments:
Post a Comment