Episode 3
Fuh, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam makmal bercat oren di tingkat tiga itu, hidung aku mula sesak. Aduh, penat naik tangga tak habis lagi ni. Nafas tunggang terbalik. Kasihan hidungku. Perlu bertahan pula dengan bau macam-macam jenis bahan kimia kat sini. Paling tak tahan bau sulfur, 300 kilometer jauh pun aku boleh kenal pasti. Ok, tak adalah sampai 300 kilometer, hiperbola sungguh. Aduh, hampir terbakar semua sel-sel deria bau. Aha, kat meja belakang ada satu lagi kerusi kosong. Laju kaki melangkah, tangan aku hampir sahaja memegang tepi kerusi apabila…..
“Haip, itu tempat aku!” cepat-cepat Zaid mengalihkan kerusi dan duduk.
“Haip, itu tempat aku!” cepat-cepat Zaid mengalihkan kerusi dan duduk.
“Aiseh, kau ni kan. Aku memang dah aim dari tadi masa mula-mula masuk.”
“Mana boleh. Tempat baik ni, confirm aku pun nak. Siapa dulu dia dapat lah.”
“Hmm, tak apa. Kali ini aku mengalah dengan kau. Kawan punya pasal,” tersenyum ikhlas.
Ukhwah antara muslim itu banyak peringkatnya. Peringkat yang paling bawah ialah berlapang dada. Maksudnya di sini ialah berhati terbuka untuk menerima sebarang teguran atau percanggahan pendapat. Peringkat yang tertinggi pula ialah itsar. Iaitu apabila seseorang itu mementingkan saudaranya dari diri sendiri.
Dari jauh, Anna memerhatikan kekecohan yang berlaku di belakang makmal……. Apa lah budak-budak sekarang, tak matang langsung. Tempat duduk pun nak berebut. Aku dah tak sabar nak buat eksperimen thin layer chromatography ni. Semalam baca teknik-teknik dia macam senang je. Basically it is an experiment to determine the relative polarity of each molecule in a mixture of chemicals. So, we have the stationary phase otherwise called adsorbent (usually in powder form; spread across a piece of paper), which is very polar in nature. First step is to put a small spot of a particular mixture at the bottom of the paper. Then, add a few drop of solvent (mobile phase). The solvent needs to be fairly non-polar. Molecules that are more polar stick to the polar stationary phase more, than fairly non-polar molecules which are carried along in the mobile phase. As a result, we will get an obvious separation between each molecule present in the chemical mixture. Whoa! Hebat betul. Cara yang mudah untuk tengok kandungan sesetengah campuran bahan kimia. Aha, balik rumah cuba buat dengan sabun basuh baju agak-agak jadi tak?
Jari-jemari Anna lancar menyalin deskripsi teknik-teknik eksperimen ke dalam buku notanya. Buat apa nak buang masa, sementara tunggu pensyarah masuk, baik aku buat ni dulu. Nak tak nak, esok kena hantar juga. Sambil itu, otaknya ligat berfikir…..
Um, polar molecules tend to stick to polar stationary phase. On the other hand, non-polar molecules are carried along the non-polar mobile phase. Polar dengan polar, non-polar dengan non-polar. Kalau fikir balik, mungkin itu sebabnya aku dan dia ditakdirkan untuk berpisah. Bagai langit dan bumi, itulah kami. Aku kata putih, dia kata hitam. Tak boleh nak capai persepakatan. Mungkin ada baiknya juga kami sudah tak bersama. Dia jauh di lembah sana, aku di tengah-tengah kota metropolitan yang maha sibuk. Siapa entah pernah cakap kat aku dulu, opposite attracts. Bagi aku la kan, teori magnet tu dah tak boleh pakai. At least cannot be applied to me in terms of relationship. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dipisahkan dari dia. Tak tahulah apa yang akan terjadi jika kami masih bersama. Things happen for a reason; this one I truly believe. The saying has never been proven wrong in any case.

Berbalik kepada eksperimen tadi, daripada satu campuran, dapat diasingkan satu persatu elemen sehingga nampak jelas sifat sesuatu molekul itu, dari paling polar sampai paling tak polar. Macam manusia juga, ada pelbagai ragam. Satu spektrum yang panjang dari orang yang paling baik; tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah s.a.w……….sehinggalah kepada sejahat-jahat manusia. Agaknya, aku berada di mana ya…….um………..sebak tiba-tiba. Bila terfikir dosa yang terlampau banyak, aku jadi takut akan balasan di akhirat..................... Mudah-mudahan Allah menerima taubatku…….
Dunia ini ibarat sekeping kertas, stationary phase adalah Allah dan Islam, sesuatu yang kekal dan tak pernah berubah. Maka, barangsiapa yang adsorb atau “melekat” pada Allah dan Islam, tak akan dibawa arus hanyut mengikuti mobile phase yakni jahiliyyah yang tak pasti ke mana. Sesiapa yang tak berpegang teguh kepadaNya ibarat molekul non-polar, maka akan “melekat” kepada jahiliyyah, dibawa jauh dari pangkal jalan, jauh dari yang hakiki, jauh dari syurga abadi.
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-baqarah: 256]

“Apa beza adsorb dengan absorb ek?” tiba-tiba suara low pitch itu menerpa gegendang telingaku.
Aduh, siapa pula ni datang duduk sebelah aku…..”Hah, apa?” jawabku spontan tanpa mendongakkan kepala. Mata terus tertumpu kepada buku nota di atas meja.
“Maaf, saya tanya apa beza adsorb dengan absorb, tak sama ke?”
“Oh, absorb tu maksud dia serap. Macam kain yang menyerap air. Air masuk terus ke setiap lapisan kain. Tapi adsorb tu macam melekat, dia tak masuk ke dalam kain tersebut, tapi dia melekat pada lapisan atas kain tersebut,” masih khusyuk menulis.
“Macam tu ke. Terima kasih ek. Nama awak siapa?”
“Nama saya Anna” dongak dan tersenyum……ya Allah, kenapa muka dia sangat familiar ni…..
“Anna,” ….angguk….”Saya Islam”
Macam tahu-tahu je aku ingat dia Chinese kan. Terus cakap dia Islam. Dah memang muka sebijik macam Chinese, warna kulit je tak sama. Hik Hik……suka hati aku je gelakkan orang. Tak baik lah macam tu..... Eh, tapi muka dia memang sangat familiar…

“Er, saya pun Islam juga,” dah tak tahu nak jawab apa…..
“Oh, bukan. Nama saya Islam,”
Merah padam muka aku, “Haha. Ye ke. Tak pernah dengar orang nama tu. Nama penuh apa?".......ya Allah, malunya aku.....nak ketawa pun ada.....muka dah panas ni, sedaya-upaya aku cuba mengelak pandangannya ...... "Eh, bukan awak ke yang berebut tempat duduk kat belakang tadi tu?” Fuh, nasib baik aku ada point nak cover malu ni.
Kali ni dia pula yang tersenyum menahan malu, “Aha, sebab saya kan tinggi. Kena la duduk tempat paling belakang, barulah orang lain boleh nampak pensyarah mengajar kat depan. Tapi nak buat macam mana, Zaid dah ambil tempat duduk tu,”
Hampir tergelak aku mendengar alasan dia. Konon baik la tu kan. Biarlah, kanak-kanak ribena memang macam tu, “Oh, okay,” senyum segaris. Dia masih belum beritahu nama penuhnya, tapi aku malas nak panjangkan conversation. Pensyarah dah masuk kelas. Aku dah tak sabar nak buat eksperimen. Yang penting aku harus fokus. Matlamat utama aku ke kolej ini untuk belajar bersungguh-sungguh, masa main aku telah tamat. Belajar, lulus peperiksaan, kemudian aku boleh fly. Tinggalkan semua kenangan hitam di bumi Malaysia ini. Lillahi ta'ala..........
No comments:
Post a Comment