Episode 2
10 Julai 2007 - Genap setahun. Dalam waktu itu aku hidup merana. Sedih, menyesal, marah dan geram bercampur baur. Ada masanya, aku sampai hilang akal, terlintas untuk menamatkan hidup. Nyawa yang pada hakikatnya bukan milikku untuk diambil sebelum masanya tiba. Setiap yang hidup pasti akan mati…In fact, the only certainty in life is death…Cuma manusia tak tahu waktunya bila….Bunuh diri bukanlah penyelesaian yang dicari. You gain nothing, but you lose everything.
Sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah itu jauh lebih luas dari kemurkaanNya….Aku bersyukur. Aku, seorang hamba yang hina, kotor, penuh dengan noda dan dosa. Yang telah menzalimi diri sendiri. Bergelumang dengan lumpur dan kejelikan jahiliyyah. Namun, oleh kerana belas kasihanNya, aku masih di sini pada hari ini. Masih menghirup udara segar, masih celik melihat alam, masih boleh mendengar kicauan burung dan angin menderu. Malah, aku masih dikurniakan nikmat terbesar yakni Iman dan Islam...Allah itu Maha Pengampun, Allah juga Maha Pengasih. Kasih sayangNya terhadap manusia terbukti dengan janjiNya bahawa pintu taubat sentiasa terbuka bagi setiap hambanya selagi nyawa dikandung badan, selagi belum sakaratul maut……Allah subhana wata’ala telah berfirman dalam sebuah hadith qudsi,
“Wahai anak adam, sesungguhnya engkau telah berdo’a pada-Ku dan mengharap pada-Ku, Aku telah ampunkan dosa-dosamu dan Aku tak menghiraukan. Wahai anak adam, andaikan dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta ampunan pada-Ku, Aku akan mengampunimu, dan Aku tidak menghiraukan. Wahai anak Adam, andaikan kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebesar Bumi, kemudian engkau tidak pernah mensekutukan pada-Ku dengan suatu apapun, Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar bumi pula.”
Muhasabah. Kita sebagai manusia, belum tentu mampu memaafkan kesalahan orang lain. Seperti aku, belum mampu memaafkan si dia…walau setahun telah berlalu….luka lama masih berdarah…itulah hakikat manusia….Tapi Allah, tanpa menghiraukan walau dosa hambaNya setinggi langit, sebesar bumi, selagi tidak pernah menyekutukanNya, masih dikurniakan keampunan dan diterima taubat. How can I ever say that I do not love You, my Rabb! You saved me from the self-inflicted impending doom….Ya Salam, I am nothing without you. Absolutely nothing.
“Anna!”
Cepat-cepat ditekannya butang enter, pandangan dialihkan dari skrin komputer riba, “Ya, saya.” Senyum sekilas.
“Anna buat apa tu? Main sembunyi-sembunyi je ni. Um, is there anything that I should know?”
Fikirannya melayang kembali ke entri blog yang dikarangnya tadi….Isy, ini adalah rahsia. Antara aku dan Allah sahaja….bisik hati kecilnya….”Tak ada apa-apa. It’s all good,” sambil sengih nampak gigi.
Belum berpuas hati dengan jawapan Anna, “Betul ni?”
“Betul. Nothing to worry about”
“Ok. Do you wanna go to college together or what? Dah lambat ni”
“Ha’a la. Hari ni ada eksperimen kat makmal. Jom.”
Anna mengambil buku-buku latihan beserta nota subjek Kimia, disumbatnya ke dalam sling bag hitam kesayangan. New life, new chapter. Mulakan dengan Bismillah……….
No comments:
Post a Comment