Wednesday, April 18, 2012

part 2: Am dan Anna (Episode 5)


Episode 5


Sebaik sahaja melangkah masuk ke kelas, muka dia yang aku terpandang dulu. Sepantas kilat aku menundukkan pandangan, dan terus mengambil tempat duduk. Dia juga memberikan respon yang sama. Laju dia menghalakan pandangan ke tempat lain. Memang takdir, rupa-rupanya aku ditempatkan di kelas yang sama dengan Islam. Asalnya, aku kelas lain, tapi ditukarkan ke kelasnya dua miggu selepas kolej bermula. Teringat kembali peristiwa di makmal kimia tempoh hari. Agaknya, dia juga masih malu selepas kejadian itu. Kami tidak pernah bercakap kepada satu sama lain. Biarlah, selagi dia tak kacau hidup aku, aku pun tak akan kacau hidup dia.


Minggu ketiga di kolej. Lecturer ESL mahu kami bercerita perihal diri. Choose an object that can represent your personality and talk about it for five minutes. Bunyi macam senang. Lima minit je pun. Tapi…..ya Allah, susah benar……. nak merapu apa dalam masa lima minit tu. Serius aku end up rambling je nanti…….aduh…….tiga hari aku ambil masa nak fikir objek apa paling significant. At last, I’ve decided to talk about caterpillar.

Kenapa ulat beluncas? Sebab ulat beluncas yang keluar dari kepompong, kemudian bertukar jadi rama-rama yang cantik. Dulu aku dalam kepompong tu, jahil tentang dunia luar. Bagai katak bawah tempurung. Aku tak kenal siapa Penciptaku. Aku hanyut dalam dunia sendiri. Solat, baca quran semua cukup. Tapi………tak ada penghayatan. Bukan faham pun maksud kata-kata yang aku tuturkan dalam solat lima kali sehari. In fact, aku tak tahu kenapa aku solat. Bagiku, solat tu sebab nak minta doa kepada Allah supaya aku dapat lulus semua peperiksaan. Supaya aku boleh survive lima tahun dalam sekolah yang macam penjara tu. Quran aku baca pun bila ada masa je. Tafsir? Ah, kucing bertanduk dulu, baru aku terfikir nak baca.


Sekarang………aku ulat beluncas. Masih buruk dan tak cukup serba-serbi. Masih dalam proses nak mengenalNya, nak explore erti hidup yang sebenar. Panas je hati rasanya hari tu…. bila ditanya Aisyah tentang tujuan hidupku……


“Anna, have you ever wondered…………what is your purpose of life?”

“Erm…….at the moment, all I want is to be a good student so that I can be a good doctor in the future. Kan dalam Islam pun suruh kita menuntut ilmu. Dapat berbakti untuk negara, bangsa dan agama. Chey, dah bunyi macam slogan dalam tv pulak.”

“Um…….tu je? Tak kan nak hidup untuk itu je. Lagi?”

Oh yes, I also want to make it up for my parents. Of all the years of neglect. I used to be a very bad daughter. Rebellious habis, especially zaman upper form.”

“Betul, tak salah pun cita-cita Anna tu. Tapi, Aisyah nak kongsi satu ayat dalam Quran. Cuba buka surah Adz-Dzaariyat, surah ke 51, ayat ke 56. Cuba Anna baca kuat-kuat.”

Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” Aku terdiam sebentar. Fuh, pedas…………

“Ramai orang Islam tak sedar akan hakikat tujuan hidup kita yang sepatutnya. Sudah terang Allah nyatakan dalam ayat tersebut, yang kita ini dicipta hanya untuk beribadah kepadanya.”

“Habis tu Aisyah, tak kanlah kita nak solat 24 jam, baca quran 24 jam, puasa 24 jam. Tak kan tak boleh nak tidur, makan, belajar semua tu? Sedangkan dalam Islam sendiri digalakkan untuk menuntut ilmu,” aku tak puas hati.

“Sabar…….bukan macam tu. Ibadah ni ada banyak bentuk. Yang Anna sebutkan tadi tu ibadah-ibadah khusus, seperti solat, baca quran, puasa dan sebagainya. Tapi sebenarnya, segala perbuatan kita seharian boleh jadi suatu bentuk ibadah apabila kita berniat kerana Allah dan melakukannya tanpa melanggar syarak. Jadi, kalau nak makan, niatlah untuk mendapat tenaga supaya boleh beribadah kerana Allah. Dan janganlah makan berlebihan. Nak belajar, niatlah menuntut ilmu sepertimana yang disuruh olehNya. Kan senang tu?” riak wajah Aisyah tenang………..

”Oh, macam tu ke? Tak pernah tahu pula……….terima kasih Aisyah sebab menerangkan.” Wajahku yang serius tadi kembali jernih. Baru lega rasanya. Itulah titik permulaan rutin baruku, iaitu bangun qiam, mempelajari makna bacaan dalam solat supaya lebih khusyuk, dan mula membaca tafsir al-quran.



Isy, berangan lagi. “Bukan beranganlah, tapi berfikir,” bisik hati kecilku……..Aku ni sekarang asyik merawang je fikiran. Entahlah, banyak perkara yang terjadi dalam hidupku kebelakangan ini yang membuatkanku berubah menjadi manusia yang berfikir. Dan ya, sekarang aku masih ulat beluncas. Satu hari nanti, aku teringin untuk bertukar menjadi rama-rama. Cantik, pelbagai warna, indah di pandangan mata. Bukan mata manusia, tapi indah di pandangan Yang Maha Esa…….


Um, tapi aku tak bolehlah nak bercerita tentang semua tu  hari ni. Karang Madam Zu mengamuk, aku tukar kelas ESL dia jadi kelas agama. Lagi pun, aku belum cukup sempurna, belum cukup ilmu nak bersyarah tentang agama ni. Banyak lagi yang aku tak tahu. Tengok aja pakaianku sekarang, tudung selimpang ke atas. Kan ke pelik kalau aku cerita pasal agama ni. Jadi, aku buat keputusan untuk cakap benda-benda biasa je, yang aku ni sekarang ulat beluncas sebab baru nak kenal dunia luar. Baru nak belajar tentang kehidupan yang sebenar, dengan masyarakat umum. Lepas tu, aku nak jadi rama-rama yang terbang tinggi ke luar negara, sambung belajar. Jadi doktor yang berjaya. Cukuplah tu, harap-harap terisi masa lima minit tu.


********************************************************


Bunyi tepukan gemuruh dari seluruh kelas. Lega. Hilang dah nervous aku. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan. Aku kembali semula ke tempat duduk. Kemudian, kedengaran suara Madam Zu, “Thank you Anna for the wonderful presentation. Next, we shall call upon Mohd Ameerul Islam to present.”

Sejurus itu, Islam bangun dari tempat duduknya, dan berjalan ke hadapan kelas. Mak aih, panjangnya nama. Baru aku tahu nama penuh dia. Dahsyat!



Alamak, kantoi nama penuh aku. “Haha. Madam Zu, panggil saya Am saja.” Malu, tapi muka masih maintain cool. Dalam hati, berdebar-debar nak cakap kat depan. Mungkin jantung dah lebih 100 kali pam seminit. Isy, dulu di sekolah mana pernah bagi ucapan. Salah satu sebab kenapa aku jadi librarian, tak nak jadi pengawas, sebab ini lah. Bercakap dengan buku lain, bercakap di hadapan orang ramai lain. Ya Allah, peluh mengalir dah macam sungai, boleh kalah orang lari triathlon lagaknya. Tarik nafas dalam-dalam, ok.  “Ehem, today my presentation is based upon a poem called the Road Not Taken, written by Robert Frost……….”


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Rupa-rupanya, mak dan ayah Islam menceburi bidang lain, bukan aliran sains. Dia sebagai anak sulung telah mengambil keputusan untuk memilih the road less traveled, seperti dalam sajak tadi. Dan dia bakal menjadi orang pertama dalam keluarga yang menceburi bidang perubatan. One thing that he pointed out from the poem, is the fact that there is always someone who, whichever road he went, would be sorry he didn't go the other. The true meaning of this peom is very deep. And I agree, human can never feel satisfied. Ceh, dia dapat tepukan lagi gemuruh dari aku. Ni yang aku jealous ni…………..

No comments:

Post a Comment