Episode 6
Petang yang nyaman. Seperti kebiasaan, setiap hari Sabtu mereka
akan berkumpul di padang belakang kawasan perumahan. Berdekatan dengan Tasik
Selasih, tempat warga kota memerah peluh, melonggarkan seluruh sendi-sendi yang
telah penat bekerja sepanjang minggu. Juga tempat kanak-kanak kecil bermain,
berkenalan dengan rakan baru serta meluangkan masa bersama ibu dan ayah. Di
sebalik realiti hidup sekarang yang disimpulkan dengan rumah besar tapi keluarga
kecil, duit banyak tapi hati tak gembira, boleh pergi sampai ke bulan tapi
jiran sendiri tak kenal; masih ada segelintir masyarakat yang faham dan hadam
erti rukun tetangga. Dan Tasik Selasih menjadi saksi, di mana masyarakat dari
pelbagai lapisan umur, dari pelbagai walks
of life bertemu.
Budak-budak muda kalau dah berkumpul, apa lagi, riuh-rendah satu
dunia dengan gelak ketawa dan senda gurau mereka. Seolah-olah sudah bertahun
tak bertemu, sedangkan setiap hari menghadap muka yang sama sahaja di dalam kelas.
Ada sahaja bahan lawak dan usikan sepanjang mereka bersiap sedia dan memanaskan
badan untuk bersukan. Paling tidak pun, pensyarah-pensyarah di kolej yang
menjadi mangsa.
Tepat pukul lima. Mereka memulakan permainan. Satu pasukan dengan
baju warna tema hitam, satu lagi pasukan kuning. Setiap orang mengambil tempat
masing-masing. Lelaki itu berdiri di posisi central
midfield. Gayanya menggelecek bola
seperti seorang pemain profesional. Nasiblah sesiapa yang main defense. Dapat sahaja bola di kakinya, bulan
jatuh ke riba pun dia tak akan lepaskan. Sebaik sahaja peluang keemasan
menjelma, dia hantar bola kepada striker
dan sekelip mata papan markah bertukar satu-kosong.
“Kau ni memang hantu
dribbling lah. Babuji kot.
Respek, respek,” bunyi sorakan menyahut laungan rakan sepasukannya.
Lelaki itu tersenyum. Puas. Sambil mengesat peluh di dahi dengan
lengan baju jersey hitam yang
dipakainya.
Permainan diteruskan. Setelah hampir setengah jam, masih lagi
satu-kosong. Nampaknya pasukan kuning telah memperkasakan pertahanan mereka. Namun,
lelaki itu masih belum menyerah kalah. Menggunakan setiap peluang yang ada
untuk mengasak pihak lawan. Kemudian, secara tidak sengaja, Zaid dari pasukan
kuning melakukan offside offence. Nasib
menyebelahi mereka. Inilah masanya. Lelaki itu segera mengambil tempat untuk free kick. Dia memang pakar bab ini.
Rakan-rakan sepasukan menanti dengan penuh debaran.
Nafas ditarik dalam-dalam,
pandangan dilontarkan kehadapan menuju target.
Tiba-tiba matanya terpaku. Bumi seakan-akan berhenti berputar. Orang sekeliling
seakan-akan tak wujud. Seperti ada penghalang, suara laungan dan pekikan
dipantulkan semula dari cuping telinganya. Seolah-olah masa terhenti saat itu. Pandangannya
terus kepada satu subjek di hujung padang. Subjek yang memakai baju kurung kuning air. Dan
berjalan penuh ayu dengan mendakap buku di dada, berserta beg galas tepinya.
“Say to
the believing men that they cast down their looks and guard their private
parts; that is purer for them. Surely Allah is aware of what they do.” [An-Nur:
30]
“Wei, Am! Kau tengok apa? Tercegat kat situ macam nampak hantu.
Seratus lapan puluh kali aku panggil tak berjawab,”
Am disedarkan kembali dengan tepukan di bahu kanannya. Bola masih
di kaki. Entah sudah berapa kali wisel ditiup. Astaghfirullah hal ‘adzim…….Aduh,
parah aku ni…. Hairan, apa dia buat di sini? Yang aku tahu dia duduk di
kediaman pelajar yang lagi satu, yang lebih dekat dengan kolej. Kalau ikutkan,
jauh juga nak datang ke sini…dengan pakaian sebegitu……tak pernah-pernah aku
nampak…..”Oh, sorry aku distracted jap tadi…….jom sambung main,”
Anna membetulkan kedudukan pin di tudung. Memastikan ia cukup
labuh untuk menutupi dada. Kalau semua
orang pakai tudung labuh macam Aisyah ni macam mana, habislah….. Self-conscious. Tu la, yang gatai nak ikut Aisyah pi usrah ni siapa suruh. Tapi, dah dia
ajak. Tak kan aku nak cakap tak nak. Tapi aku sendiri pun curious nak tahu usrah tu apa sebenarnya…….Anna bermonolog dalaman.
It’s okay Anna, you go with the correct
intention. Solely to gain mardhotillah. InsyaAllah this will benefit you in the
long run.
No comments:
Post a Comment