Episode 10
Sedar tak sedar, dah lebih 6 bulan Anna di kolej persediaan. Sudah
tidak lama sebelum peperiksaan akhir bermula. Yang bakal menentukan masa depan
Anna, sama ada menyambung pengajian di sini, atau di tanah seberang.
Persahabatan Anna dengan Aisyah yang
dulunya akrab, mula goyah. Sikap Aisyah beberapa hari ini merunsingkan Anna.
Pagi tadi, sebelum keluar rumah, Aisyah menyuruh Anna pergi ke kelas dahulu,
dia akan menyusur kemudian katanya. Anna
mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10.20 pagi, ujian English akan bermula
dalam masa sepuluh minit. Ujian ini akan menyumbang markah sebanyak 10 peratus
dari keseluruhan markah matapelajaran English. Aisyah masih belum tiba. Anna
mula tak senang duduk. Ujian bermula, dan Anna tidak boleh fokus. Idea untuk
menulis essay yang telah
difikirkannya semalam, hilang semuanya. Fikirannya kosong, hanya risau menanti
kehadiran Aisyah. Seketika itu, pintu
kelas dikuak.
“Morning, sorry I’m late Madam Zu.” Aisyah mengambil tempat duduk
dan terus mula menulis essay tanpa
membuang masa.
Anna menarik nafas lega dan cuba menumpukan perhatian ke atas
kertas kosong yang berada di hadapannya.
********************************************************************
“Anna, can I speak to you personally?” tegas suara Madam Zu. Sudah seminggu berlalu selepas ujian English tempoh hari.
“Sure, madam” Anna mengambil tempat duduk di hadapan meja Madam
Zu.
“Can I ask you what’s happening? The essay that you wrote the
other day was the worst essay I’ve ever read. And you have always been my best
student. What is wrong?”
“I’m sorry madam. I’m really sorry to disappoint you. It’s just
that I’m very worried about a friend of mine. She is not herself these days,
and I don’t know why.”
“It’s Aisyah, isn’t it? I know that you two are very close
together. But her problem should not get in the way between you and your
studies. Especially since she performed really well in the test last week. Seems
to me that her problem is affecting you more than herself.”
Anna terdiam. Mungkin betul apa yang Madam Zu cakap. Anna sendiri
yang tak boleh nak concentrate
sebenarnya. Aisyah seorang yang kuat. She
has always been strong. Walau apa pun masalah yang dihadapinya, dia tak
akan biarkan pelajaran terabai. Sedangkan,Anna masih dengan perangai lamanya. Kalau
dia risaukan orang, memang urusan sendiri akan terabai. Sometimes she cares too much about others but not herself.
Sampai sahaja di rumah, Anna terus menuju ke bilik Aisyah. Pintu diketuk,
tapi tiada jawapan.
“Assalammualaikum Aisyah,” masih tiada jawapan.
Anna memulas tombol pintu, tidak berkunci rupanya. Aisyah sedang
baring di atas katil dengan berselubung selimut.
“Maaf Anna, Aisyah senggugut,” suara Aisyah lemah.
“Maaf Anna, Aisyah senggugut,” suara Aisyah lemah.
“Oh ye ke, dah makan ubat dah?”
“Dah”
“Anna nak tanya sikit boleh? Kenapa Aisyah macam berubah sekarang?”
“Berubah macam mana?”
“Aisyah macam nak larikan diri dari Anna. Dah lama kita tak
sembang. Dah lama juga Aisyah tak ajak Anna pergi usrah. Kenapa ya?”
Aisyah menghela nafas panjang, wajahnya masih ditutup dengan
selimut. Tidak mahu bersemuka dengan Anna,”Aisyah ada masalah sikit. Malas nak
jumpa semua orang. Bukannya ada orang boleh tolong pun”
“Dengan Anna pun tak nak cerita ke? Kita kan dah macam
adik-beradik. Ye lah, kalau Anna tak boleh tolong pun, at least I can be your listener. A shared happiness is double the
happiness, but a shared sorrow is half the sorrow. Right?”
“Anna tak kan faham. You have
a perfect life, you have everything that you’ve ever wanted. You will never
understand what I am going through. Nobody will.”
Mata Anna mula berkaca, kalaulah Aisyah tahu kisah silamku…..but this is not about me, she is in distress,
I shouldn’t take it personally…..Anna menarik nafas dalam-dalam, ”Tapi
Allah kan ada, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah kata jadi,
jadilah. Kun fa ya kun. Kita tak boleh putus asa dari mengharap pertolongan
Allah. Allah Maha Penyayang”
“Kalau Allah sayang, kenapa Aisyah diuji sampai macam ni sekali?”
suara Aisyah bergetar menahan tangis…
“Sebab Allah sayanglah Allah nak uji. Kan permulaan surah Al-Mulk ada cakap, Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things, Who created life and death that He may try you; which of you is best in deeds; and He is the Mighty, the Forgiving. Allah nak tengok siapa yang kuat imannya. Kan Aisyah yang bagi tahu Anna dulu?”
“Anna, boleh tak tolong keluar sekarang. Tolong biarkan Aisyah
sendirian. Please…”
Anna melangkah keluar dengan perlahan………Ya Allah, betapa besarnya ujianMu buat diriku ini……..di saat aku mula mengenaliMu, di saat hatiku sudah terpaut kepada cintaMu, saat itu juga Kau ambil Aisyah dariku……Aisyah yang kuharap dapat memimpin tanganku meniti jalan yang lurus untuk bertemu denganMu………..Aisyah yang kuharap dapat menjadi teman setiaku di saat suka dan duka…………Aisyah yang menjadi tulang belakangku selama ini…..kenapa ya Allah? Dan saat ini juga aku diuji dengan silamku………..pertemuan dengan Iz tempoh hari benar-benar mengejutkan aku. Tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi. Iz kawan baik aku sejak di tingkatan satu……….tapi aku bukan lagi aku yang dulu. What should I do when the past keep knocking on my door and my present keep running away from me? How am I supposed to get to You, my Rabb?
No comments:
Post a Comment