Episode 11
“Assalammualaikum bro. Hebatlah kau masa training tadi,” Zaid
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Iz menyambut tangan Zaid, “Waalaikumsalam. Eh mana ada bro, kau lagi hebat dowh, kau kan kapten. Aku biasa-biasa
je.”
“Tapi apasal aku tak
pernah nampak kau turun padang sebelum ni?” Hairan juga. Mana muncul budak
hebat main ragbi ni tiba-tiba. Mau tergugat aku sebagai kapten pasukan kolej.
“Oh, aku budak baru kat sini. Aku masuk A level January intake.”
“Patutlah. Kau budak engineering
lah kan?”
“Ha’a. Kau pulak buat course
apa?”
“Aku buat medic. Bakal
doktor. Haha. Mesti kau tak percaya kan?” Zaid menduga.
“Hahahahahaha. Weyh,
agak-agaklah bro. Budak medic semua nerd kot, mana ada yang main ragbi macam kau ni.”
“Hoi, aku serius lah.
Aku memang amik medic. Haha, dah agak
dah. Kau mesti tak percaya.”
Terhenti ketawa,”Serius ek? Wah, lagi lah aku kagum dengan kau.
Eh, maknanya kau kenal la Asya kan?”
“Asya mana pulak ni? Kalau dia cun, confirm aku kenal.” Zaid berseloroh.
“Haha. Asya satu sekolah dengan aku dulu. Setahu aku Asya pun amik
medic juga kat kolej ni. Bukannya
ramai pun budak medic kat sini, tak
kan kau tak kenal dia?”
“Serius aku tak pernah dengar nama tu. Apa nama penuh dia?”
“Riana Rasya Binti Adam”
Zaid terdiam.
***************************************************
Sejak dua menjak ni, Anna sering keseorangan. Aisyah semakin
menjauhkan diri darinya. Satu kelas mula memperkatakan tentang Aisyah. Kemana-mana
asyik dengan budak-budak lelaki. Bertepuk-tampar sana sini. Langsung tidak
sesuai dengan imej muslimah yang dibawanya. Tiada siapa berani bertanyakan hal
sebenar kepada Anna. Nampak gaya macam mereka memang bergaduh besar. Anna terus
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Dalam setiap ujian internal, markahnya makin melonjak naik. Dia memang betul-betul
ingin ke Australia menyambung pelajaran. Itu sahaja doanya kepada Allah saban
hari. Semoga di tanah seberang akan bermulanya hidup baru seorang yang bernama Anna.
Am juga begitu. Dalam bilik dia penuh dengan peta Australia. Penaik
semangat katanya. Sahabat-sahabat lain tak kurang hebatnya. Masuk semester
akhir ni semua nak kiasu. Mana taknya,
kalau tak dapat fly nanti malu dengan
keluarga dan cikgu-cikgu.
Zaid pula, tanpa disedari sudah mula berubah. Setiap bait
perbualan dia dengan Iz di padang ragbi beberapa bulan lalu, masih segar di
ingatannya. Sejak mengetahui siapa Anna yang sebenar, rasa hormatnya kepada
Anna menggunung tinggi. Dia mula melayan Anna dengan sopan. Zaid sedar betapa
besar ujian yang telah menimpa Anna selama ini. Dan bukan senang untuk
seseorang bangkit semula setelah jatuh begitu teruk. Baru zaid mengerti kenapa
Anna adalah Anna sekarang. A very cold,
mysterious person.It’s always more than what meets the eye. Dan semua itu
bukan salah Anna, Anna tak pernah meminta agar ianya terjadi.
Dari pagi dia asyik memerhatikan Anna. Sengaja diambil tempat duduk paling
belakang dalam kelas. Supaya dia dapat melihat setiap gerak-geri Anna. Sekarang
tengah kelas English, apa yang Madam Zu membebel kat depan kelas, langsung
tidak dihiraukannya. Kejap lagi ada chemistry
lab. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus diutarakan kepada Anna.
“Anna, boleh aku cakap sikit dengan kau?” Zaid memberanikan diri
untuk membuka bicara. Sepanjang eksperimen tadi mereka diam seribu bahasa.
Anna mula merasakan ada yang tak kena dengan Zaid hari ni. “Aku
nak pergi lunch lah lepas kemas-kemas
ni. Kau nak cakap apa?”
Zaid menghulurkan sesuatu kepada Anna,”Nah, ni lunch kau kan? Vitagen dengan chocolate bun. Aku pergi 7-eleven tadi.”
Anna terkesima, sejak bila mamat ni jadi stalker aku,”Mana kau tahu aku suka makan ni? Scary la kau ni……..um, thanks
anyway.”
“Anna, aku nak tanya ni.”
“Tanya apa?”
“Kenapa dengan aku je kau cakap kasar? Guna aku-kau tu semua, tapi
dengan orang lain kau tak cakap macam tu?”
“La tu je ke. Cause I don’t
want you to fall in love with me. Chey, ada gaya A Walk to Remember tak?” Anna ketawa sambil tangan mencubit roti
coklat untuk disuap ke mulut.
What if I am
already in love with you?......“Eh, aku
serius ni. Kau jangan buat lawak pulak”
Anna berhenti mengunyah,”Ok. Aku serius. Kau betul nak tahu ni?”
“Yup, 110 percent sure madam,” wajah Zaid serius.
“Fine. Sebab aku tak
suka orang handsome yang budget. Aku rasa semua lelaki handsome ni sama je. Suka mainkan
perempuan. And aku nak prove kat semua
orang yang tak semestinya perempuan akan suka lelaki handsome. Lagi pun kau yang cakap kasar dengan aku dulu, tak kan
lah bila aku jawab dengan kasar balik, kau nak terasa? Man, you asked for it,”
Kalau aku tak tahu kisah silam Anna, confirm aku hentam dia balik. Tapi tak apa, aku harus bersabar, “Ok,
aku tahu dulu aku layan kau teruk, aku minta maaf. Tapi kan sekarang aku dah
berubah. Kau sendiri nampak kan? Lagi satu, kau tak boleh nak generalize Anna. Tak semua lelaki sama.”
“Tak kisahlah kau nak cakap apa, bagi aku semua lelaki kacak ni
sama je. I have promised myself not to
fall in love with a handsome man. Enough
said. Kau nak tanya apa-apa lagi tak? Kalau tak, aku nak pergi computer lab
kejap sebelum kelas bermula”
Aku tahu Anna, aku tahu kau sangat terluka………tapi aku bukan macam
dia………..”Anna, kau tahu tak kau orang pertama yang aku suka bukan sebab rupa?”
Anna tergelak. Terus muka yang tadinya serius bertukar, “Kau buat
lawak apa ni Zaid? Ceh, kau nak cakap aku tak cantik la tu kan? Hahaha. Dahlah,
aku kena pergi.” Anna terus melangkah pergi meninggalkan Zaid.
Hati Anna sayu………Zaid, you can’t be serious. And even if you
are, aku tak akan pernah sukakan kau. Sebab kau sering mengingatkan aku
kepada dia………dan kerana dia, aku benci semua lelaki handsome. Aku benci rugby
players. Aku tak sanggup nak merasai sakit itu lagi. I have promised myself
not to get involved again, I want a lawful husband, not another boyfriend. Ya
Allah, please grant me a husband who will make me fall in love with You
everyday, who will guide me and bring me closer to You, who is full of patience
and kindness towards me, who can accept me with all my flaws…but for now,
please let me focus on my studies, please let me attain great results so that I
can start fresh. Again........I will never give up searching for You, my One and Only
Love……even if I am alone in this journey, You will never leave me……and having
You by my side is more than enough....I love You, Allah…..ameen.
"Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'' [Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (Al-Imran:173).
No comments:
Post a Comment