Tuesday, January 10, 2012

Part 1: Asya (Episode 5)


Episode 5

Malam itu, selesai sahaja membersihkan diri dan berwuduk, Rey berjalan beriringan dengan Amal ke dewan makan. Dalam fikirannya, bermacam-macam rancangan disusun rapi. Untuk mencapai tujuan yang satu. Bagaimana harus dia meluahkan perasaan kepada Asya…..Dewan yang menempatkan hampir 300 orang pelajar itu bercahaya terang, riuh dengan suara pelajar-pelajar lelaki bergurau senda. Malam ni Encik Zakaria sediakan supper berat, mee goreng pedas dan lazat. Siapa mahu tolak, seminggu sekali dapat makanan sebegini untuk supper. Hari-hari lain terpaksa redha dengan air teh o dan roti coklat. Isy, orang kat Somalia makanan pun tak ada. Aku kat sini dapat roti coklat, masih merungut. Patutnya aku bersyukur.

Mereka berdua mengambil tempat di meja hujung sebelah kanan dewan bersama enam pelajar lain yang sudah lama duduk menunggu di situ. Tidak seperti pelajar lain, Amal langsung tak pernah merungut. Dia dibesarkan dalam keluarga sederhana dan sudah biasa dengan makanan yang ala kadar. Asalkan dapat mengisi perut yang lapar setelah lebih dua jam menelaah di prep room, dia sudah bersyukur. Lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan PMR, Amal sedar dia memerlukan lebih tenaga untuk berjaga malam. Sambil membaca handwritten notes biologi yang menjadi subjek kegemarannya, Amal makan dengan sopan dan perlahan.

Wei, Amal! Cuba kau dengar lagu ni. Aku tujukan khas untuk kau, sebab aku tahu kau tak sabar. Haha”
Amal mengambil earphones dari tangan Che Mat yang duduk di hadapannya, lantas menyumbat kedua-dua belah ke telinga. Irama merdu berkumandang……


♫♪ kau tersenyum,
kuterpaku….
Jejari halusmu,
menggenggam rambutku……
sinaran matamu…….menusuk di kalbu
tak mungkin kumelupakan
sebegini pengalaman….
lalu hatiku berkata,
segala untukmu… ♪♪♫


woih.. kasar ni. Ni lagu Innuendo Tidur Sayang kan? haha. Bukan untuk anak ke? Kahwin pun belum lagi nak ada anak dah. Aku pulak yang kena tak sabar, kau kot che mat! By the way, thanksBest la lagu ni. Haha.”

“Orang kata nikmat berpasangan dalam perkahwinan tu sementara je. Nikmat berkeluarga tu yang lagi besar. Tak salah kita look forward a big step aheadPergh bagi kursus kahwin pulak aku kat sini, chey. haha. pot amir layan~ “

“Ceh, PMR pun belum lepas. Focus che mat, focus. Kahwin ni semua lambat sangat lagi. Haha. Ok aku gerak dulu, nak pergi surau, solat Isyak.”


Angin sepoi-sepoi bahasa membawa dingin malam menusuk tulang sebaik sahaja Amal meninggalkan dewan makan dan berjalan seorangan menaiki tangga ke arah surau. Sesekali, dia membetulkan rambutnya yang semulajadi berwarna coklat keperangan agar songkok yang dipakai kelihatan kemas. Baju melayu hijau pucuk pisang lengkap dengan sampin menyerlahkan lagi kulit putih berseri Amal. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Dalam kotak fikirannya, lagu tadi memenuhi ruang, berlatar-belakangkan gelagat Asya bermain dengan seorang budak perempuan yang sangat comel. Itulah gambaran kehidupannya sepuluh tahun akan datang, Amal menaruh harapan tinggi….Hampir tiga tahun, isi hatiku tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Aku selesa begini. Persis seekor kodok yang menaruh hati kepada sang puteri. Yang setia menghantar hadiah pada setiap harijadinya, mengirimkan kata-kata semangat atas nota yang dihias indah pada setiap kali peperiksaan, tetapi hanya mampu memandang senyuman sang puteri dari jauh. Satu hari nanti, jika diberi kekuatan dan keizinanNya, Asya akan tahu juga……….


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia [An-nur: 26]

No comments:

Post a Comment