Tuesday, January 24, 2012

Part1: Asya (Episode 7)


Episode 7

PMR sudah selesai. Tamat sudah episod persekolahan Asya di lower form. Hanya doa dan kuasa Allah sahaja yang boleh membantu ketika ini....Debar hati menunggu keputusan keluar dilupakan sekejap, lantaran kegembiraan cuti sekolah menjelma.  Seperti biasa, asya akan menghabiskan cutinya di rumah. Meluangkan masa bersama keluarga tercinta yang jarang-jarang sekali bersua muka. Buka sekolah nanti, Asya jadi senior. Bermulalah cerita baru. Tak sabar. Nanti boleh pegang jawatan lebih tinggi dalam persatuan. Ada banyak perancangan untuk projek-projek terbaru Kelab Sejarah. Mr. Raja would be pleased, no doubt. Senyumannya terukir lebar.....


Ketika asyik mengelamun dalam bilik, deria bau asya menangkap sesuatu yang amat dikenalinya. Wah! Wanginya bau ni……masak lemak ikan masin, sambal sotong, terung bakar……….tak makan lagi dah terasa kelazatannya. Bukan setakat makan, tengok pun belum lagi ni. Hanya sekadar bau. Tetapi kalau cik M yang masak, dapat bau sahaja sudah cukup untuk meramal kesedapan masakannya. Semakin laju langkah Asya menuruni anak tangga. Sampai sahaja di dapur, terus dipeluk cik M dari belakang. Kuat. Erat. Seperti bertahun-tahun tidak berjumpa.

“Isy, MasyaAllah budak ni! Terkejut la mak. Kan ke minyak tgh panas dalam kuali, pergi dok depan. Jangan kacau mak masak,” nada bergurau.

“Ala, asal datang dapur je kena halau. Habis tu, sampai bila-bila pun tak tahu memasak.”

“Tak apa. Tugas Asya belajar sahaja sekarang. Memasak tu, bila sampai masanya nanti, boleh cuba,” senyum…

Asya turut tersenyum,”Ye lah cik M.”



Ruang tamu rumah dua tingkat ini sangat sederhana. Boleh dikatakan semua perabot dah bertahun usianya. Asya melabuhkan punggung di atas sofa berbunga merah. Selesa. Pandangannya dilontarkan ke luar jendela. Segala macam pokok memenuhi halaman. Pokok delima, betik, ubi kayu, limau kasturi, ceri, pokok pisang dan banyak lagi. Pokok pisang sahaja sudah melebihi lima jenis. Salah satunya, ditanam sendiri oleh Asya. Puas. Hasilnya sudah dapat dirasai. Berbudi pada tanah bak kata orang tua, memang berbaloi.


“Dan Dia memudahkan untuk (kegunaan dan faedah) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mempunyai tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti” [45:13]



“Kring! Kring!!!”

“Asya, telefon!” laung cik Nadi.

Laju tangan asya mencapai gagang, “Assalamualaikum. Siapa tu ye?”

“Waalaikumsalam. Hai Asya. Iz ni. Amacam cuti, tak pergi mana-mana ke?”

“Oh, Iz ke. Routine call kan? Asya dah agak dah.”

Ketawa, “Oh, itu pasti. Wajib call asya every school holidaysBoring kot dok rumah je. Dapat borak dengan asya best juga”

Iz, atau nama penuhnya Izzuan. Kawan baik asya sejak tingkatan satu. Tempat luahan rasa, berkongsi suka dan duka, bertanya pendapat baik dari segi pemakaian, pelajaran, mahu pun soal hati dan perasaan. Iz selalu je ada. Kalau tengok dari segi persamaan, langit dan bumi jauhnya. Memang berbeza langsung, 180 darjah. Totally opposite. Iz drummer orchestra, kaki lepak dekat music studio, asya sports person dan langsung tak minat muzik. Iz memang natural genius, tak perlu belajar pun boleh score. Asya pula nerd sejati, homework tak pernah tak siap. Tapi keakraban mereka tidak dapat disangkal lagi.

No comments:

Post a Comment