Tuesday, January 31, 2012

Part1: Asya (Episode 8)


Episode 8

Sebaik sahaja sekolah dibuka semula, pelajar tingkatan 4 mula sibuk. Mana tak nya, semua kerja rumah, persatuan dan kelab kami dipertanggungjawabkan. Pelajar tingkatan 5 sibuk dengan persediaan SPM, tingkatan 3 dengan PMR, tingkatan 1 dan 2 pula masih terlalu mentah untuk uruskan projek-projek. Walaupun jawatan tertinggi masih dipegang oleh pelajar tingkatan 5, tetapi semua itu hanyalah birokrasi semata-mata. Sebetulnya, yang bekerja keras adalah kami.


“Aunty, uncle, cute girl. Come here. We have discounts up to 50 percent for official souvenirs. Ada payung, pen, kemeja-T, topi dan manyak lagi. Mai singgah sebentar. Lai lai,” suara Mei Mei cukup kuat untuk menarik pelanggan yang melalui main foyer. Bahasa Inggeris memang hebat. Lain pula apabila berbahasa melayu. Loghat utara dan slang cina semua dicampur macam rojak. Geli hati juga mendengarnya. Sesekali jemari runcing Mei Mei menyusun kemas barang-barang di atas meja di hadapannya. Tak lupa juga menyelak buku rekod jualan. Kali ini dia bertanggungjawab sebagai pengarah projek. Sungguh berwibawa. Lagaknya persis seorang pengerusi kelab. Tak mustahil satu hari nanti Mei Mei akan mengambil alih jawatan yang disandang oleh abang John.


Family Day datang lagi. Keluarga pelajar dijemput memeriahkan sekolah. Ibu bapa boleh berjumpa dengan guru di waktu pagi untuk berbincang berkenaan prestasi akademik anak masing-masing. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan, minuman, kraftangan, hasil seni dan lain-lain. Ada juga aktiviti sukan dan riadah di waktu petang. Malam pula dihiasi dengan persembahan drama dan tarian. Tahun ini Kelab Sejarah mengambil peluang untuk mengadakan jualan souvenir. Sasaran keuntungan harus melebihi seribu ringgit. Hasilnya nanti, ditambah dengan projek-projek lain yang telah dijalankan sepanjang tahun akan digunakan untuk lawatan ke Sarawak.

“Eh, itu asya mana? I want her to mend the stall for a while. I need to settle a few things with our supplier.”

“Hmm….biasalah asya. Kalau Family Day, memang dia akan perap diri dalam dorm.” Sarah masih ingat peristiwa setahun yang lalu di mana asya menangis teresak-esak dalam pelukannya. Dato’ Khairi, ayah kepada kak zana memarahi kerani pejabat kerana tersalah anggap asya sebagai anaknya. Kata-kata Dato’ Khairi bahawa pakaian dan gaya asya langsung tak layak digelar anak kepada Dato’ amat memilukan. Hati asya tercalar teruk. Peristiwa itu bukan yang pertama dilaluinya. Seringkali orang mempertikaikan kemasukan Asya ke sekolah ini. Jika bukan kerana pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, asya tak akan berada di sini, di kalangan anak-anak hartawan, orang kenamaan dan golongan elit .

“Tak apalah. Kamu jaga sini sampai saya balik lor.”

“Ok. No problem.” Sarah angguk. Hatinya sayu.



Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara [Al-Hujurat : 10]. Dan setiap yang bersaudara itu ibarat satu tubuh yang sama. “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh; apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuh akan sulit tidur dan merasa demam.” (Riwayat Muslim)

*******************************************************************************


No comments:

Post a Comment