Wednesday, May 22, 2013

Part 3: Asya, Am dan Anna (Episode 3)

"Aku tak faham betul lah, yang kau nak sedih sangat ni kenapa? Macam orang kematian anak."

"Aku pun tak tahu kenapa rasa sedih sangat. Ni lagi teruk dari tu, hilang anak boleh dapat anak lain atau ambil anak angkat. Tapi kalau hilang diri sendiri?"

"Apa yang kau merepek ni? Pergi tengok depan cermin, tu ha, kedua-dua mata bulat tu ada, gigi sebaris tak ada pun yang hilang, hidung penyet tu tak bertukar jadi mancung ke apa. Diri kau kan masih kat situ lagi, apa yang hilangnya?"

"Tak sama oh, yang hilang dalaman. Walaupun luaran masih sama. Dalaman aku dah kosong..."



Minggu lepas ada house warming kat rumah budak-budak first year. Eh, rumah akulah tu. Macam biasa, kalau ada apa-apa event, memang aku tak pernah tak jemput geng empat sekawan kami, Ody, Fay dan Mick. Kami berempat tak pernah berenggang, pergi tutorial sama-sama, pergi lecture sama-sama, lunch sama-sama. Banyak sangat inside jokes yang hanya kami faham. Ody berasal dari Clayton, rumah dia depan uni je kot. Disebabkan Fay, Mick dan aku masih baru di tempat ini, Ody selalu jadi tour guide kami. Fay datang dari Melbourne City, gaya pun nampak macam budak bandar. Mick pula dari Newcastle, a small town about 3 hours drive from Sydney. Walaupun aku berlainan rupa, warna kulit, bahasa dan latar-belakang, namun aku tak pernah rasa disisihkan. Sedikit pun tidak. Layanan mesra mereka membuatkanku senang. Setiap kali jumpa, group hug is a must. Mula-mula awkward juga, tapi makin lama aku jadi biasa, aku jadi selesa.



“Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan indah akan perbuatan mereka dan mengatakan tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah penolong kamu, maka setelah kedua-dua pasukan bertentang mata, syaitan terus lari ke belakang seraya berkata sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan di sisi Allah azab yang amat keras” (Al-Anfal: 48)




Marah, malu, terkejut dan geram. Itulah semua yang aku rasa hari tu. Dahlah depan semua tetamu, masa tu juga aku kena tegur pasal biarkan lelaki bukan mahram peluk aku. Astaghfirullahal 'adzim....memang dah jauh aku ni......sepatutnya aku bersyukur sebab ada juga sahabat yang masih mengambil berat.....ada juga sahabat yang mahu menegur.....yang paling penting, aku patut bersyukur kerana Allah masih memandangku, masih mahukan kebaikan buat hambaNya yang dah lari dariNya.......


setelah beberapa hari aku memeruk diri dalam bilik, dengan berat hati aku pun menghantar mesej Facebook panjang berjela dekat Mick. Perasaan masa tu tak tau la, berdebaq sampai nak terkluaq jantung baq ang. Ish, apa pasal loghat utara cik M dah terbawa-bawa sampai sini.




hello mick! anna here =) i've been thinking.....and i think i owe you an explanation. but i do hope that with this explanation things don't become awkward between us. cause i really appreciate our friendship. well, remember when you wanted to give me a hug for the first time, i was a bit reluctant? the thing is, Muslim girls are not allowed to hug guys unless we're married. you don't want to marry me, do you? hahaha. nah, i'm just joking =). i didn't stop you because the least thing i want is to make you feel offended. i am aware that giving a hug is just a part of your culture and to be honest, i felt accepted in your circle of friends when you did that. a sincere thank you from me =). but i hope with this explanation, you would respect my believes and still be my friend. i love talking to you. i think it's not too much to let you know that you're the best male Aussie friend that i have. don't wanna lose the friendship. hope you would understand...can't wait to see you again after the holidays!!!! take care!!!


selang beberapa hari, Mick balas..........



Hey Anna! 
you don't owe me anything, but thank you for the explanation. I wasn't ever offended and i'm so sorry i made the mistake. I'm really sorry to have made you feel uncomfortable and im glad you weren't offended by my ignorance! i'm so sorry if i made you feel uncomfortable around your friends and if you had to explain yourself after i left. 

I'm glad you understand that i didn't mean to offend you and i'm pleased that we're clear now. I completely respect your culture and your beliefs, so i feel very ashamed that i crossed them. I think its great that you have something you can believe in with all your heart. 

thanks for understanding, because i value your friendship very highly too :)

Speak to you after the holidays, enjoy them, be safe!







Hakikatnya, kejadian tempoh hari memang membuka semula mataku yang selama ini kabur dengan keseronokan dunia baru, kawan-kawan baru, dan hanyut dalam aktiviti yang aku tak pernah terfikir nak buat sebelum datang ke Australia. Saat ini, aku rindu diriku yang dulu....


Riana Rasya Bt. Adam, apa yang kamu kejar sebenarnya?

Friday, March 8, 2013

Part 3: Asya, Am dan Anna (Episode 2)

~Tuai padi antara masak,
~Esok jangan layu-layuan,
~Intai kami antara nampak,
~Esok jangan rindu-rinduan.....


Klasik. Manusia memang tak pernah nak menghargai apa yang ada di hadapan mata. Meraung menangis tak sudah bila sesuatu atau seseorang itu telah tiada.


“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (al-Hadid: 23 )

Friday, December 14, 2012

Part 3: Asya, Am dan Anna (Episode 1)


Kosong. Angka kosong itu menarik perhatiannya sejak tadi. Berbentuk bujur dengan ruang tiada garisan di tengah. Kosong. Tanpa isi. Tanpa emosi. Pandangannya beralih ke laman belakang rumah usang itu. Kosong. Rumput menghijau atas tanah rata yang kosong. Sepi. Mana semua orang pergi? Dia tidak ambil peduli. Barangkali semua masih di uni, bercanda dan bergurau senda. Anna yang bergegas pulang selepas kuliah tadi. Lemas dalam lautan manusia. Rimas nak berbicara dalam bahasa asing. Entah kenapa. Bukannya dia tidak fasih berbahasa Inggeris, bukannya dia tak pandai bersosial dengan kawan mat saleh, tapi hari ni dia rasa lain. Kosong. 

Pandangan masih ke laman belakang. Kali ini terpaku pada sepasang rainbow lorikeet di atas tempat sidai baju. Tengok, burung pun ada teman. Tak berseorangan. Tak kosong.







Sedar tak sedar, dah lebih dua bulan Anna di bumi Australia. Tapi baru hari ini rasa itu menjergah. Rasa apa? Kosong. Bukannya tak ada kawan, bukannya jarang telefon keluarga, malah hampir setiap hari Anna berbual dengan Cik M. Bukan sekejap, tapi hampir setengah jam setiap kali. Tapi masih kosong. Mengapa? Ya, dia sebenarnya rindu yang amat sangat. Rindu akan perasaan itu. Rindu akan rasa istimewa. Rindu pada Am? Mungkin. Habis tu rindu pada siapa? Rindu akan Tuannya yang juga Pemiliknya. Pasti.


Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest [13:28]

Thursday, September 20, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 12)


Episode 12


Congrats Anna! Kau dapat conditional offer from Monash kan?”

“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Aku dah hampir putus asa menunggu offer letter dari universiti impian aku ni” Anna senyum lega.

“Kau memang nak pergi Monash ke? Maknanya kau akan tolak offer dari James Cook dan Tasmania?”

Terdiam sejenak….”InsyaAllah, aku dah fikir lama dah pasal ni.”

“Aku dengar Am dapat University of Tasmania, sure kau tak nak sama universiti dengan lelaki Islam terakhir tu?” pandai pula mengusik.

“Sebab dia nak pergi situlah aku tak nak terima Tasmania. Tak naklah sama universiti dengan dia. Kalau hari-hari jumpa, takut jadi lain” teringat kisah silamnya, Anna jadi sebak..

“Suka hati kau lah Anna. Jangan menyesal sudah. Eh, kau dengar cerita tak?”

“Hmm…apa dia?” malas sungguh Anna nak dengar kalau dah mula nak bergosip ni.

“Aisyah tu, tak dapat tawaran mana-mana pun. Serves her right. Nama je muslimah, pakai tudung labuh, tapi pergaulan langsung tak jaga. Dah berkepit dengan arif dan bizi tu twenty-four/seven. Langsung tak renggang. Siap main cuit-cuit bahu lagi. Panas je aku tengok. Bawa fitnah kepada agama Islam.”

“Astaghfirullahal ‘adzim……isy, kau ni kan. Beristighfar banyak-banyak. Aku bukanlah ustazah nak berceramah kat kau, tapi tolonglah jaga mulut tu sikit. Mengumpat tu dosa tau. Kau suka ke makan daging mayat saudara sendiri? Eii, jijik tau tak.”

“Isy, tak pasal-pasal aku yang kena sembur. Kau emo ni kenapa? PMS la tu. Kau sepatutnya lagi marah kat Aisyah tu. Sebabkan dia, kau hampir-hampir fail monthly test dulu kan?”

“Walau macam mana pun, dia tetap kawan baik aku. Dia pun manusia juga, tudung labuh ke, tak tudung labuh ke, tak pakai tudung ke, manusia memang tak terlepas dari kesilapan. Dan siapa kita, nak menghukum? Sedangkan kita sendiri terlampau banyak kelemahan diri,” menarik nafas panjang. …”Eh, aku pergi naik dulu lah. Sorry sangat tertinggikan suara kat kau tadi. Maaf ek.”



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang” [Al-hujurat: 12]



******************************************************************************


Minggu lepas……

“Betul ke Asya dah buat keputusan nak pergi Monash?”

“InsyaAllah cik M,” dua tangannya memeluk tubuh tua cik M dari tepi. “Don’t miss me too much, okay?

“Amboi, belum duduk overseas lagi dah pandai nak speaking dengan mak ye?”

“Haha. Haruslah praktis dari sekarang,”

“Boleh mak tahu kenapa Asya pilih Monash?”

Sebab Islam dapat Tasmania juga, both of us know that we like each other more than friends, kalau hari-hari jumpa depan mata, akan ada orang ketiga iaitu syaitan durjana, lepas tu nanti jadi macam kes Afi dulu. Nau’zubillahimindzalik. Tak apa, biar jarak dan waktu menentukan, jodoh kan ditangan Tuhan. Lagi pun, kalau Asya tolak Tasmania, mungkin Aisyah ada peluang nak ganti tempat Asya. Sebab universiti lain semua dah reject application dia. James Cook pula, Zaid dah terima offer kat situ. Lagi banyak masalah kalau Zaid terus menghadap muka Asya everyday. Tiba-tiba rasa macam sejarah berulang, Rey dan Amal, Zaid dan Islam.  Tapi kali ni Asya yang semua orang kenal dah mati, yang tinggal hanya Anna. Dan Anna tak akan ulang kesilapan Asya dulu. Biiznillah. Asya bermonolog dalaman…………

“Um, sebab Asya dah discuss dengan ayah. Ayah cakap Tasmania tu pulau kecil, for safety reason, baik duduk dekat mainland. James Cook pula, program dia 6 tahun, Monash 5 tahun je. Tak naklah Asya duduk dekat Australia tu lama-lama. Nanti cik M rindu. Kan, betul tak?” Mata memandang cik M dengan senyuman manja terukir di bibir.

Cik M turut tersenyum, “Pandai pun anak mak ni.” membalas pelukan Asya dengan lebih erat.

Monday, September 10, 2012

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful........and His messenger Muhammad sallahu'alaihiwassalam....

Apologies to dear readers for not keeping my word to post new episode at least fortnightly. I have been struggling with time. There were moments when i had an influx of ideas for the upcoming episodes, it was very frustrating not being able to jot it down. Just a quick update, part 2 is almost coming to an end. I can't wait to start writing part 3, which will be the most exciting of all. InsyaAllah. Doakan semoga diberi kesempatan ruang dan waktu. Thank you for being awesome!


moga Allah redha
-ADC-

Sunday, August 12, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 11)


Episode 11

“Assalammualaikum bro. Hebatlah kau masa training tadi,” Zaid menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Iz menyambut tangan Zaid, “Waalaikumsalam. Eh mana ada bro, kau lagi hebat dowh, kau kan kapten. Aku biasa-biasa je.”

“Tapi apasal aku tak pernah nampak kau turun padang sebelum ni?” Hairan juga. Mana muncul budak hebat main ragbi ni tiba-tiba. Mau tergugat aku sebagai kapten pasukan kolej.

“Oh, aku budak baru kat sini. Aku masuk A level January intake.”

“Patutlah. Kau budak engineering lah kan?”

“Ha’a. Kau pulak buat course apa?”

“Aku buat medic. Bakal doktor. Haha. Mesti kau tak percaya kan?” Zaid menduga.

“Hahahahahaha. Weyh, agak-agaklah bro. Budak medic semua nerd kot, mana ada yang main ragbi macam kau ni.”

Hoi, aku serius lah. Aku memang amik medic. Haha, dah agak dah. Kau mesti tak percaya.”

Terhenti ketawa,”Serius ek? Wah, lagi lah aku kagum dengan kau. Eh, maknanya kau kenal la Asya kan?”

“Asya mana pulak ni? Kalau dia cun, confirm aku kenal.” Zaid berseloroh.

“Haha. Asya satu sekolah dengan aku dulu. Setahu aku Asya pun amik medic juga kat kolej ni. Bukannya ramai pun budak medic kat sini, tak kan kau tak kenal dia?”

“Serius aku tak pernah dengar nama tu. Apa nama penuh dia?”

“Riana Rasya Binti Adam”

Zaid terdiam.




***************************************************




Sejak dua menjak ni, Anna sering keseorangan. Aisyah semakin menjauhkan diri darinya. Satu kelas mula memperkatakan tentang Aisyah. Kemana-mana asyik dengan budak-budak lelaki. Bertepuk-tampar sana sini. Langsung tidak sesuai dengan imej muslimah yang dibawanya. Tiada siapa berani bertanyakan hal sebenar kepada Anna. Nampak gaya macam mereka memang bergaduh besar. Anna terus menumpukan perhatian kepada pelajaran. Dalam setiap ujian internal, markahnya makin melonjak naik. Dia memang betul-betul ingin ke Australia menyambung pelajaran. Itu sahaja doanya kepada Allah saban hari. Semoga di tanah seberang akan bermulanya hidup baru seorang yang bernama Anna.

Am juga begitu. Dalam bilik dia penuh dengan peta Australia. Penaik semangat katanya. Sahabat-sahabat lain tak kurang hebatnya. Masuk semester akhir ni semua nak kiasu. Mana taknya, kalau tak dapat fly nanti malu dengan keluarga dan cikgu-cikgu.   

Zaid pula, tanpa disedari sudah mula berubah. Setiap bait perbualan dia dengan Iz di padang ragbi beberapa bulan lalu, masih segar di ingatannya. Sejak mengetahui siapa Anna yang sebenar, rasa hormatnya kepada Anna menggunung tinggi. Dia mula melayan Anna dengan sopan. Zaid sedar betapa besar ujian yang telah menimpa Anna selama ini. Dan bukan senang untuk seseorang bangkit semula setelah jatuh begitu teruk. Baru zaid mengerti kenapa Anna adalah Anna sekarang. A very cold, mysterious person.It’s always more than what meets the eye. Dan semua itu bukan salah Anna, Anna tak pernah meminta agar ianya terjadi.





Dari pagi dia asyik memerhatikan Anna. Sengaja diambil tempat duduk paling belakang dalam kelas. Supaya dia dapat melihat setiap gerak-geri Anna. Sekarang tengah kelas English, apa yang Madam Zu membebel kat depan kelas, langsung tidak dihiraukannya. Kejap lagi ada chemistry lab. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus diutarakan kepada Anna.

“Anna, boleh aku cakap sikit dengan kau?” Zaid memberanikan diri untuk membuka bicara. Sepanjang eksperimen tadi mereka diam seribu bahasa.

Anna mula merasakan ada yang tak kena dengan Zaid hari ni. “Aku nak pergi lunch lah lepas kemas-kemas ni. Kau nak cakap apa?”

Zaid menghulurkan sesuatu kepada Anna,”Nah, ni lunch kau kan? Vitagen dengan chocolate bun. Aku pergi 7-eleven tadi.”

Anna terkesima, sejak bila mamat ni jadi stalker aku,”Mana kau tahu aku suka makan ni? Scary la kau ni……..um, thanks anyway.”

“Anna, aku nak tanya ni.”

“Tanya apa?”

“Kenapa dengan aku je kau cakap kasar? Guna aku-kau tu semua, tapi dengan orang lain kau tak cakap macam tu?”

“La tu je ke. Cause I don’t want you to fall in love with me. Chey, ada gaya A Walk to Remember tak?” Anna ketawa sambil tangan mencubit roti coklat untuk disuap ke mulut.

What if I am already in love with you?......“Eh, aku serius ni. Kau jangan buat lawak pulak”

Anna berhenti mengunyah,”Ok. Aku serius. Kau betul nak tahu ni?”

“Yup, 110 percent sure madam,” wajah Zaid serius.

Fine. Sebab aku tak suka orang handsome yang budget. Aku rasa semua lelaki handsome ni sama je. Suka mainkan perempuan. And aku nak prove kat semua orang yang tak semestinya perempuan akan suka lelaki handsome. Lagi pun kau yang cakap kasar dengan aku dulu, tak kan lah bila aku jawab dengan kasar balik, kau nak terasa? Man, you asked for it,”

Kalau aku tak tahu kisah silam Anna, confirm aku hentam dia balik. Tapi tak apa, aku harus bersabar, “Ok, aku tahu dulu aku layan kau teruk, aku minta maaf. Tapi kan sekarang aku dah berubah. Kau sendiri nampak kan? Lagi satu, kau tak boleh nak generalize Anna. Tak semua lelaki sama.”

“Tak kisahlah kau nak cakap apa, bagi aku semua lelaki kacak ni sama je. I have promised myself not to fall in love with a handsome man. Enough said. Kau nak tanya apa-apa lagi tak? Kalau tak, aku nak pergi computer lab kejap sebelum kelas bermula”

Aku tahu Anna, aku tahu kau sangat terluka………tapi aku bukan macam dia………..”Anna, kau tahu tak kau orang pertama yang aku suka bukan sebab rupa?”

Anna tergelak. Terus muka yang tadinya serius bertukar, “Kau buat lawak apa ni Zaid? Ceh, kau nak cakap aku tak cantik la tu kan? Hahaha. Dahlah, aku kena pergi.” Anna terus melangkah pergi meninggalkan Zaid.



Hati Anna sayu………Zaid, you can’t be serious. And even if you are, aku tak akan pernah sukakan kau. Sebab kau sering mengingatkan aku kepada dia………dan kerana dia, aku benci semua lelaki handsome. Aku benci rugby players. Aku tak sanggup nak merasai sakit itu lagi. I have promised myself not to get involved again, I want a lawful husband, not another boyfriend. Ya Allah, please grant me a husband who will make me fall in love with You everyday, who will guide me and bring me closer to You, who is full of patience and kindness towards me, who can accept me with all my flaws…but for now, please let me focus on my studies, please let me attain great results so that I can start fresh. Again........I will never give up searching for You, my One and Only Love……even if I am alone in this journey, You will never leave me……and having You by my side is more than enough....I love You, Allah…..ameen.



"Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'' [Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (Al-Imran:173).




Saturday, August 11, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 10)


Episode 10

Sedar tak sedar, dah lebih 6 bulan Anna di kolej persediaan. Sudah tidak lama sebelum peperiksaan akhir bermula. Yang bakal menentukan masa depan Anna, sama ada menyambung pengajian di sini, atau di tanah seberang. Persahabatan  Anna dengan Aisyah yang dulunya akrab, mula goyah. Sikap Aisyah beberapa hari ini merunsingkan Anna. Pagi tadi, sebelum keluar rumah, Aisyah menyuruh Anna pergi ke kelas dahulu, dia akan menyusur kemudian katanya.  Anna mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10.20 pagi, ujian English akan bermula dalam masa sepuluh minit. Ujian ini akan menyumbang markah sebanyak 10 peratus dari keseluruhan markah matapelajaran English. Aisyah masih belum tiba. Anna mula tak senang duduk. Ujian bermula, dan Anna tidak boleh fokus. Idea untuk menulis essay yang telah difikirkannya semalam, hilang semuanya. Fikirannya kosong, hanya risau menanti kehadiran Aisyah.  Seketika itu, pintu kelas dikuak.

“Morning, sorry I’m late Madam Zu.” Aisyah mengambil tempat duduk dan terus mula menulis essay tanpa membuang masa. 
Anna menarik nafas lega dan cuba menumpukan perhatian ke atas kertas kosong yang berada di hadapannya.


********************************************************************



“Anna, can I speak to you personally?” tegas suara Madam Zu. Sudah seminggu berlalu selepas ujian English tempoh hari.

“Sure, madam” Anna mengambil tempat duduk di hadapan meja Madam Zu.

“Can I ask you what’s happening? The essay that you wrote the other day was the worst essay I’ve ever read. And you have always been my best student. What is wrong?”

“I’m sorry madam. I’m really sorry to disappoint you. It’s just that I’m very worried about a friend of mine. She is not herself these days, and I don’t know why.”

“It’s Aisyah, isn’t it? I know that you two are very close together. But her problem should not get in the way between you and your studies. Especially since she performed really well in the test last week. Seems to me that her problem is affecting you more than herself.”

Anna terdiam. Mungkin betul apa yang Madam Zu cakap. Anna sendiri yang tak boleh nak concentrate sebenarnya. Aisyah seorang yang kuat. She has always been strong. Walau apa pun masalah yang dihadapinya, dia tak akan biarkan pelajaran terabai. Sedangkan,Anna masih dengan perangai lamanya. Kalau dia risaukan orang, memang urusan sendiri akan terabai. Sometimes she cares too much about others but not herself.


Sampai sahaja di rumah, Anna terus menuju ke bilik Aisyah. Pintu diketuk, tapi tiada jawapan.
“Assalammualaikum Aisyah,” masih tiada jawapan.
Anna memulas tombol pintu, tidak berkunci rupanya. Aisyah sedang baring di atas katil dengan berselubung selimut.

“Maaf Anna, Aisyah senggugut,” suara Aisyah lemah.

“Oh ye ke, dah makan ubat dah?”

“Dah”

“Anna nak tanya sikit boleh? Kenapa Aisyah macam berubah sekarang?”

“Berubah macam mana?”

“Aisyah macam nak larikan diri dari Anna. Dah lama kita tak sembang. Dah lama juga Aisyah tak ajak Anna pergi usrah. Kenapa ya?”

Aisyah menghela nafas panjang, wajahnya masih ditutup dengan selimut. Tidak mahu bersemuka dengan Anna,”Aisyah ada masalah sikit. Malas nak jumpa semua orang. Bukannya ada orang boleh tolong pun”

“Dengan Anna pun tak nak cerita ke? Kita kan dah macam adik-beradik. Ye lah, kalau Anna tak boleh tolong pun, at least I can be your listener. A shared happiness is double the happiness, but a shared sorrow is half the sorrow. Right?”

“Anna tak kan faham. You have a perfect life, you have everything that you’ve ever wanted. You will never understand what I am going through. Nobody will.”

Mata Anna mula berkaca, kalaulah Aisyah tahu kisah silamku…..but this is not about me, she is in distress, I shouldn’t take it personally…..Anna menarik nafas dalam-dalam, ”Tapi Allah kan ada, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah kata jadi, jadilah. Kun fa ya kun. Kita tak boleh putus asa dari mengharap pertolongan Allah. Allah Maha Penyayang”

“Kalau Allah sayang, kenapa Aisyah diuji sampai macam ni sekali?” suara Aisyah bergetar menahan tangis…

“Sebab Allah sayanglah Allah nak uji. Kan permulaan surah Al-Mulk ada cakap, Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things, Who created life and death that He may try you; which of you is best in deeds; and He is the Mighty, the Forgiving. Allah nak tengok siapa yang kuat imannya. Kan Aisyah yang bagi tahu Anna dulu?”

“Anna, boleh tak tolong keluar sekarang. Tolong biarkan Aisyah sendirian. Please…”


Anna melangkah keluar dengan perlahan………Ya Allah, betapa besarnya ujianMu buat diriku ini……..di saat aku mula mengenaliMu, di saat hatiku sudah terpaut kepada cintaMu, saat itu juga Kau ambil Aisyah dariku……Aisyah yang kuharap dapat memimpin tanganku meniti jalan yang lurus untuk bertemu denganMu………..Aisyah yang kuharap dapat menjadi teman setiaku di saat suka dan duka…………Aisyah yang menjadi tulang belakangku selama ini…..kenapa ya Allah? Dan saat ini juga aku diuji dengan silamku………..pertemuan dengan Iz tempoh hari benar-benar mengejutkan aku. Tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi. Iz kawan baik aku sejak di tingkatan satu……….tapi aku bukan lagi aku yang dulu. What should I do when the past keep knocking on my door and my present keep running away from me? How am I supposed to get to You, my Rabb?