Wednesday, June 13, 2012

Part 2: Am dan Anna (Episode 6)


Episode 6

Petang yang nyaman. Seperti kebiasaan, setiap hari Sabtu mereka akan berkumpul di padang belakang kawasan perumahan. Berdekatan dengan Tasik Selasih, tempat warga kota memerah peluh, melonggarkan seluruh sendi-sendi yang telah penat bekerja sepanjang minggu. Juga tempat kanak-kanak kecil bermain, berkenalan dengan rakan baru serta meluangkan masa bersama ibu dan ayah. Di sebalik realiti hidup sekarang yang disimpulkan dengan rumah besar tapi keluarga kecil, duit banyak tapi hati tak gembira, boleh pergi sampai ke bulan tapi jiran sendiri tak kenal; masih ada segelintir masyarakat yang faham dan hadam erti rukun tetangga. Dan Tasik Selasih menjadi saksi, di mana masyarakat dari pelbagai lapisan umur, dari pelbagai walks of life bertemu.

Budak-budak muda kalau dah berkumpul, apa lagi, riuh-rendah satu dunia dengan gelak ketawa dan senda gurau mereka. Seolah-olah sudah bertahun tak bertemu, sedangkan setiap hari menghadap muka yang sama sahaja di dalam kelas. Ada sahaja bahan lawak dan usikan sepanjang mereka bersiap sedia dan memanaskan badan untuk bersukan. Paling tidak pun, pensyarah-pensyarah di kolej yang menjadi mangsa.

Tepat pukul lima. Mereka memulakan permainan. Satu pasukan dengan baju warna tema hitam, satu lagi pasukan kuning. Setiap orang mengambil tempat masing-masing. Lelaki itu berdiri di posisi central midfield. Gayanya menggelecek bola seperti seorang pemain profesional. Nasiblah sesiapa yang main defense. Dapat sahaja bola di kakinya, bulan jatuh ke riba pun dia tak akan lepaskan. Sebaik sahaja peluang keemasan menjelma, dia hantar bola kepada striker dan sekelip mata papan markah bertukar satu-kosong.

“Kau ni memang hantu dribbling lah. Babuji kot. Respek, respek,” bunyi sorakan menyahut laungan rakan sepasukannya.
Lelaki itu tersenyum. Puas. Sambil mengesat peluh di dahi dengan lengan baju jersey hitam yang dipakainya.

Permainan diteruskan. Setelah hampir setengah jam, masih lagi satu-kosong. Nampaknya pasukan kuning telah memperkasakan pertahanan mereka. Namun, lelaki itu masih belum menyerah kalah. Menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengasak pihak lawan. Kemudian, secara tidak sengaja, Zaid dari pasukan kuning melakukan offside offence. Nasib menyebelahi mereka. Inilah masanya. Lelaki itu segera mengambil tempat untuk free kick. Dia memang pakar bab ini. Rakan-rakan sepasukan menanti dengan penuh debaran. 

Nafas ditarik dalam-dalam, pandangan dilontarkan kehadapan menuju target. Tiba-tiba matanya terpaku. Bumi seakan-akan berhenti berputar. Orang sekeliling seakan-akan tak wujud. Seperti ada penghalang, suara laungan dan pekikan dipantulkan semula dari cuping telinganya. Seolah-olah masa terhenti saat itu. Pandangannya terus kepada satu subjek di hujung padang. Subjek yang memakai baju kurung kuning air. Dan berjalan penuh ayu dengan mendakap buku di dada, berserta beg galas tepinya. 



“Say to the believing men that they cast down their looks and guard their private parts; that is purer for them. Surely Allah is aware of what they do.” [An-Nur: 30]



“Wei, Am! Kau tengok apa? Tercegat kat situ macam nampak hantu. Seratus lapan puluh kali aku panggil tak berjawab,”

Am disedarkan kembali dengan tepukan di bahu kanannya. Bola masih di kaki. Entah sudah berapa kali wisel ditiup. Astaghfirullah hal ‘adzim…….Aduh, parah aku ni…. Hairan, apa dia buat di sini? Yang aku tahu dia duduk di kediaman pelajar yang lagi satu, yang lebih dekat dengan kolej. Kalau ikutkan, jauh juga nak datang ke sini…dengan pakaian sebegitu……tak pernah-pernah aku nampak…..”Oh, sorry aku distracted jap tadi…….jom sambung main,”


Anna membetulkan kedudukan pin di tudung. Memastikan ia cukup labuh untuk menutupi  dada. Kalau semua orang pakai tudung labuh macam Aisyah ni macam mana, habislah….. Self-conscious. Tu la, yang gatai nak ikut Aisyah pi usrah ni siapa suruh. Tapi, dah dia ajak. Tak kan aku nak cakap tak nak. Tapi aku sendiri pun curious nak tahu usrah tu apa sebenarnya…….Anna bermonolog dalaman. It’s okay Anna, you go with the correct intention. Solely to gain mardhotillah. InsyaAllah this will benefit you in the long run. 

Wednesday, April 18, 2012

part 2: Am dan Anna (Episode 5)


Episode 5


Sebaik sahaja melangkah masuk ke kelas, muka dia yang aku terpandang dulu. Sepantas kilat aku menundukkan pandangan, dan terus mengambil tempat duduk. Dia juga memberikan respon yang sama. Laju dia menghalakan pandangan ke tempat lain. Memang takdir, rupa-rupanya aku ditempatkan di kelas yang sama dengan Islam. Asalnya, aku kelas lain, tapi ditukarkan ke kelasnya dua miggu selepas kolej bermula. Teringat kembali peristiwa di makmal kimia tempoh hari. Agaknya, dia juga masih malu selepas kejadian itu. Kami tidak pernah bercakap kepada satu sama lain. Biarlah, selagi dia tak kacau hidup aku, aku pun tak akan kacau hidup dia.


Minggu ketiga di kolej. Lecturer ESL mahu kami bercerita perihal diri. Choose an object that can represent your personality and talk about it for five minutes. Bunyi macam senang. Lima minit je pun. Tapi…..ya Allah, susah benar……. nak merapu apa dalam masa lima minit tu. Serius aku end up rambling je nanti…….aduh…….tiga hari aku ambil masa nak fikir objek apa paling significant. At last, I’ve decided to talk about caterpillar.

Kenapa ulat beluncas? Sebab ulat beluncas yang keluar dari kepompong, kemudian bertukar jadi rama-rama yang cantik. Dulu aku dalam kepompong tu, jahil tentang dunia luar. Bagai katak bawah tempurung. Aku tak kenal siapa Penciptaku. Aku hanyut dalam dunia sendiri. Solat, baca quran semua cukup. Tapi………tak ada penghayatan. Bukan faham pun maksud kata-kata yang aku tuturkan dalam solat lima kali sehari. In fact, aku tak tahu kenapa aku solat. Bagiku, solat tu sebab nak minta doa kepada Allah supaya aku dapat lulus semua peperiksaan. Supaya aku boleh survive lima tahun dalam sekolah yang macam penjara tu. Quran aku baca pun bila ada masa je. Tafsir? Ah, kucing bertanduk dulu, baru aku terfikir nak baca.


Sekarang………aku ulat beluncas. Masih buruk dan tak cukup serba-serbi. Masih dalam proses nak mengenalNya, nak explore erti hidup yang sebenar. Panas je hati rasanya hari tu…. bila ditanya Aisyah tentang tujuan hidupku……


“Anna, have you ever wondered…………what is your purpose of life?”

“Erm…….at the moment, all I want is to be a good student so that I can be a good doctor in the future. Kan dalam Islam pun suruh kita menuntut ilmu. Dapat berbakti untuk negara, bangsa dan agama. Chey, dah bunyi macam slogan dalam tv pulak.”

“Um…….tu je? Tak kan nak hidup untuk itu je. Lagi?”

Oh yes, I also want to make it up for my parents. Of all the years of neglect. I used to be a very bad daughter. Rebellious habis, especially zaman upper form.”

“Betul, tak salah pun cita-cita Anna tu. Tapi, Aisyah nak kongsi satu ayat dalam Quran. Cuba buka surah Adz-Dzaariyat, surah ke 51, ayat ke 56. Cuba Anna baca kuat-kuat.”

Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” Aku terdiam sebentar. Fuh, pedas…………

“Ramai orang Islam tak sedar akan hakikat tujuan hidup kita yang sepatutnya. Sudah terang Allah nyatakan dalam ayat tersebut, yang kita ini dicipta hanya untuk beribadah kepadanya.”

“Habis tu Aisyah, tak kanlah kita nak solat 24 jam, baca quran 24 jam, puasa 24 jam. Tak kan tak boleh nak tidur, makan, belajar semua tu? Sedangkan dalam Islam sendiri digalakkan untuk menuntut ilmu,” aku tak puas hati.

“Sabar…….bukan macam tu. Ibadah ni ada banyak bentuk. Yang Anna sebutkan tadi tu ibadah-ibadah khusus, seperti solat, baca quran, puasa dan sebagainya. Tapi sebenarnya, segala perbuatan kita seharian boleh jadi suatu bentuk ibadah apabila kita berniat kerana Allah dan melakukannya tanpa melanggar syarak. Jadi, kalau nak makan, niatlah untuk mendapat tenaga supaya boleh beribadah kerana Allah. Dan janganlah makan berlebihan. Nak belajar, niatlah menuntut ilmu sepertimana yang disuruh olehNya. Kan senang tu?” riak wajah Aisyah tenang………..

”Oh, macam tu ke? Tak pernah tahu pula……….terima kasih Aisyah sebab menerangkan.” Wajahku yang serius tadi kembali jernih. Baru lega rasanya. Itulah titik permulaan rutin baruku, iaitu bangun qiam, mempelajari makna bacaan dalam solat supaya lebih khusyuk, dan mula membaca tafsir al-quran.



Isy, berangan lagi. “Bukan beranganlah, tapi berfikir,” bisik hati kecilku……..Aku ni sekarang asyik merawang je fikiran. Entahlah, banyak perkara yang terjadi dalam hidupku kebelakangan ini yang membuatkanku berubah menjadi manusia yang berfikir. Dan ya, sekarang aku masih ulat beluncas. Satu hari nanti, aku teringin untuk bertukar menjadi rama-rama. Cantik, pelbagai warna, indah di pandangan mata. Bukan mata manusia, tapi indah di pandangan Yang Maha Esa…….


Um, tapi aku tak bolehlah nak bercerita tentang semua tu  hari ni. Karang Madam Zu mengamuk, aku tukar kelas ESL dia jadi kelas agama. Lagi pun, aku belum cukup sempurna, belum cukup ilmu nak bersyarah tentang agama ni. Banyak lagi yang aku tak tahu. Tengok aja pakaianku sekarang, tudung selimpang ke atas. Kan ke pelik kalau aku cerita pasal agama ni. Jadi, aku buat keputusan untuk cakap benda-benda biasa je, yang aku ni sekarang ulat beluncas sebab baru nak kenal dunia luar. Baru nak belajar tentang kehidupan yang sebenar, dengan masyarakat umum. Lepas tu, aku nak jadi rama-rama yang terbang tinggi ke luar negara, sambung belajar. Jadi doktor yang berjaya. Cukuplah tu, harap-harap terisi masa lima minit tu.


********************************************************


Bunyi tepukan gemuruh dari seluruh kelas. Lega. Hilang dah nervous aku. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan. Aku kembali semula ke tempat duduk. Kemudian, kedengaran suara Madam Zu, “Thank you Anna for the wonderful presentation. Next, we shall call upon Mohd Ameerul Islam to present.”

Sejurus itu, Islam bangun dari tempat duduknya, dan berjalan ke hadapan kelas. Mak aih, panjangnya nama. Baru aku tahu nama penuh dia. Dahsyat!



Alamak, kantoi nama penuh aku. “Haha. Madam Zu, panggil saya Am saja.” Malu, tapi muka masih maintain cool. Dalam hati, berdebar-debar nak cakap kat depan. Mungkin jantung dah lebih 100 kali pam seminit. Isy, dulu di sekolah mana pernah bagi ucapan. Salah satu sebab kenapa aku jadi librarian, tak nak jadi pengawas, sebab ini lah. Bercakap dengan buku lain, bercakap di hadapan orang ramai lain. Ya Allah, peluh mengalir dah macam sungai, boleh kalah orang lari triathlon lagaknya. Tarik nafas dalam-dalam, ok.  “Ehem, today my presentation is based upon a poem called the Road Not Taken, written by Robert Frost……….”


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Rupa-rupanya, mak dan ayah Islam menceburi bidang lain, bukan aliran sains. Dia sebagai anak sulung telah mengambil keputusan untuk memilih the road less traveled, seperti dalam sajak tadi. Dan dia bakal menjadi orang pertama dalam keluarga yang menceburi bidang perubatan. One thing that he pointed out from the poem, is the fact that there is always someone who, whichever road he went, would be sorry he didn't go the other. The true meaning of this peom is very deep. And I agree, human can never feel satisfied. Ceh, dia dapat tepukan lagi gemuruh dari aku. Ni yang aku jealous ni…………..

Friday, April 13, 2012

part 2: Am dan Anna (Episode 4)

Episode 4


Beg warna putih bercorak rama-rama dicapai dan digayakan di hadapan cermin. Kemeja hitam berlengan panjang dipadankan dengan seluar cotton Hush Puppies berwarna putih. Tudung hitam bersulam bunga-bunga halus merah jambu menjadi pilihan. Okay, done. Hari ini ada ESL (English Language Studies) presentation. Penampilan haruslah dijaga. Kalau hari lain nak pakai simple macam mana pun tak apa. Tapi hari-hari yang ada presentation macam ni kenalah nampak berketerampilan sedikit. Bibir mengukir senyuman manis. Always remember to start your day with a smile.


Cermin ditatap penuh minat. Aduh, di sebalik senyuman, masih kelihatan jelas mata yang membengkak. Kesan-kesan dark circle keliling mata kiri dan kanan seperti tak mahu menyembunyikan dirinya. Fikiranku kembali melayang kepada peristiwa awal pagi tadi. Asalnya, aku hanya bangun qiam seperti biasa. Mencari kekuatan untuk ke kelas hari ni. Usai solat tahajjud dan solat sunat taubat, aku mula menyelak lembaran Al-Quran……


“And (there are) others who have acknowledged their sins, they have mixed a deed that was righteous with another that was evil. Perhaps Allah will turn to them in forgiveness.  Surely Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful……….”



Saat membaca ayat ini, kedua-dua kelopak mata mula basah……..tepat sekali kata-kata Allah itu………Ya Allah, sesungguhnya Dikau sedang berbicara denganku……….


“Take sadaqah (alms) from their wealth in order to purify them and sanctify them with it, and invoke Allah for them; and Allah is All-Hearer, All-Knower. Know they not that Allah accept repentance from His slaves and take Sadaqat (alms, charities), and that Allah alone is the One who forgives and accept repentance, Most Merciful?”


Yes, Allah. I have no doubt in my heart that You are the Most Merciful. No matter how sinful I am, as long as I repent, perhaps You will accept my repentance………..Allahuakbar……..tak sia-sia pencarianku selama ini………Allah is looking at me now, Allah is talking to me through His verses in the Quran……..He makes me feel so special……..air mata mengalir laju, rasa sebak……..terharu……….rasa sungguh tak layak untuk mendapatkan perhatian Allah sedemikian rupa……….hatiku melonjak-lonjak untuk membaca lagi……..


“And say (O Muhammad p.b.h.), “Do deeds! And Allah will see your deeds, and (so will) His Messenger (p.b.h.) and the believers. And you will be brought back to the All-Knower of the unseen and the seen. Then he will inform you of what you used to do. And others are made to await for Allah’s Decree, whether He will punish them or will forgive them. And Allah is All-Knowing, All-Wise.”


Mataku terpaku, terhenti di ayat 106 surah At-Taubah itu………….Allah knows………He knows everything…….Allah tengah tunjukkan aku jalan yang lurus………bertaubat, dan teruslah bersedekah dan berbuat kebaikan………..





Jam di dinding menunjukkan pukul 7.40 pagi. Sekejap lagi bas akan sampai untuk membawa pelajar-pelajar 
ke kolej. Bagai mendapat semangat baru, aku kembali menghadap cermin, menghadiahkan sebuah senyuman paling ikhlas kepada diri sendiri, dan melangkah keluar rumah dengan niat yang satu.

“Anna, kenapa nampak happy semacam je hari ni?” tegur teman serumahku, Aisyah.

“Eh, tak adalah. Senyum itu kan sedekah,” bibir mengukir senyuman lebar.

“Haha. Baguslah macam tu. Selama ni riak muka Anna serius je. Takut tau orang nak tegur. Macam singa nak makan orang,” Aisyah ketawa kecil.

“Isy Aisyah ni, usik orang je kerja dia. Mana ada sampai macam tu sekali,”

“Main-main je la. Jangan ambil hati tau. Jom jalan cepat-cepat sikit. Bas dah tunggu tu.”

“Ha’a kan. Jom.”

Friday, March 23, 2012

part 2: Am dan Anna (Episode 3)

Episode 3


Fuh, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam makmal bercat oren di tingkat tiga itu, hidung aku mula sesak. Aduh, penat naik tangga tak habis lagi ni. Nafas tunggang terbalik. Kasihan hidungku. Perlu bertahan pula dengan bau macam-macam jenis bahan kimia kat sini. Paling tak tahan bau sulfur, 300 kilometer jauh pun aku boleh kenal pasti. Ok, tak adalah sampai 300 kilometer, hiperbola sungguh. Aduh, hampir terbakar semua sel-sel deria bau. Aha, kat meja belakang ada satu lagi kerusi kosong. Laju kaki melangkah, tangan aku hampir sahaja memegang tepi kerusi apabila…..

Haip, itu tempat aku!” cepat-cepat Zaid mengalihkan kerusi dan duduk.

Aiseh, kau ni kan. Aku memang dah aim dari tadi masa mula-mula masuk.”

“Mana boleh. Tempat baik ni, confirm aku pun nak. Siapa dulu dia dapat lah.” 

Hmm, tak apa. Kali ini aku mengalah dengan kau. Kawan punya pasal,” tersenyum ikhlas.

Ukhwah antara muslim itu banyak peringkatnya. Peringkat yang paling bawah ialah berlapang dada. Maksudnya di sini ialah berhati terbuka untuk menerima sebarang teguran atau percanggahan pendapat. Peringkat yang tertinggi pula ialah itsar. Iaitu apabila seseorang itu mementingkan saudaranya dari diri sendiri.



Dari jauh, Anna memerhatikan kekecohan yang berlaku di belakang makmal……. Apa lah budak-budak sekarang, tak matang langsung. Tempat duduk pun nak berebut. Aku dah tak sabar nak buat eksperimen thin layer chromatography ni. Semalam baca teknik-teknik dia macam senang je. Basically it is an experiment to determine the relative polarity of each molecule in a mixture of chemicals. So, we have the stationary phase otherwise called adsorbent (usually in powder form; spread across a piece of paper), which is very polar in nature. First step is to put a small spot of a particular mixture at the bottom of the paper. Then, add a few drop of solvent (mobile phase). The solvent needs to be fairly non-polar. Molecules that are more polar stick to the polar stationary phase more, than fairly non-polar molecules which are carried along in the mobile phase. As a result, we will get an obvious separation between each molecule present in the chemical mixture. Whoa! Hebat betul. Cara yang mudah untuk tengok kandungan sesetengah campuran bahan kimia. Aha, balik rumah cuba buat dengan sabun basuh baju agak-agak jadi tak?


Jari-jemari Anna lancar menyalin deskripsi teknik-teknik eksperimen ke dalam buku notanya. Buat apa nak buang masa, sementara tunggu pensyarah masuk, baik aku buat ni dulu. Nak tak nak, esok kena hantar juga. Sambil itu, otaknya ligat berfikir…..


Um, polar molecules tend to stick to polar stationary phase. On the other hand, non-polar molecules are carried along the non-polar mobile phase. Polar dengan polar, non-polar dengan non-polar. Kalau fikir balik, mungkin itu sebabnya aku dan dia ditakdirkan untuk berpisah. Bagai langit dan bumi, itulah kami. Aku kata putih, dia kata hitam. Tak boleh nak capai persepakatan. Mungkin ada baiknya juga kami sudah tak bersama. Dia jauh di lembah sana, aku di tengah-tengah kota metropolitan yang maha sibuk. Siapa entah pernah cakap kat aku dulu, opposite attracts. Bagi aku la kan, teori magnet tu dah tak boleh pakai. At least cannot be applied to me in terms of relationship. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dipisahkan dari dia. Tak tahulah apa yang akan terjadi jika kami masih bersama. Things happen for a reason; this one I truly believe. The saying has never been proven wrong in any case.


Berbalik kepada eksperimen tadi, daripada satu campuran, dapat diasingkan satu persatu elemen sehingga nampak jelas sifat sesuatu molekul itu, dari paling polar sampai paling tak polar. Macam manusia juga, ada pelbagai ragam. Satu spektrum yang panjang dari orang yang paling baik; tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah s.a.w……….sehinggalah kepada sejahat-jahat manusia. Agaknya, aku berada di mana ya…….um………..sebak tiba-tiba. Bila terfikir dosa yang terlampau banyak, aku jadi takut akan balasan di akhirat..................... Mudah-mudahan Allah menerima taubatku…….


Dunia ini ibarat sekeping kertas, stationary phase adalah Allah dan Islam, sesuatu yang kekal dan tak pernah berubah. Maka, barangsiapa yang adsorb atau “melekat” pada Allah dan Islam, tak akan dibawa arus hanyut mengikuti mobile phase yakni jahiliyyah yang tak pasti ke mana. Sesiapa yang tak berpegang teguh kepadaNya ibarat molekul non-polar, maka akan “melekat” kepada jahiliyyah, dibawa jauh dari pangkal jalan, jauh dari yang hakiki, jauh dari syurga abadi.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-baqarah: 256]





“Apa beza adsorb dengan absorb ek?” tiba-tiba suara low pitch itu menerpa gegendang telingaku.

Aduh, siapa pula ni datang duduk sebelah aku…..”Hah, apa?” jawabku spontan tanpa mendongakkan kepala. Mata terus tertumpu kepada buku nota di atas meja.

“Maaf, saya tanya apa beza adsorb dengan absorb, tak sama ke?” 

“Oh, absorb tu maksud dia serap. Macam kain yang menyerap air. Air masuk terus ke setiap lapisan kain. Tapi adsorb tu macam melekat, dia tak masuk ke dalam kain tersebut, tapi dia melekat pada lapisan atas kain tersebut,” masih khusyuk menulis.

“Macam tu ke. Terima kasih ek. Nama awak siapa?”

“Nama saya Anna” dongak dan tersenyum……ya Allah, kenapa muka dia sangat familiar ni…..

“Anna,” ….angguk….”Saya Islam”

Macam tahu-tahu je aku ingat dia Chinese kan. Terus cakap dia Islam. Dah memang muka sebijik macam Chinese, warna kulit je tak sama. Hik Hik……suka hati aku je gelakkan orang. Tak baik lah macam tu..... Eh, tapi muka dia memang sangat familiar

“Er, saya pun Islam juga,” dah tak tahu nak jawab apa…..

“Oh, bukan. Nama saya Islam,”

Merah padam muka aku, “Haha. Ye ke. Tak pernah dengar orang nama tu. Nama penuh apa?".......ya Allah, malunya aku.....nak ketawa pun ada.....muka dah panas ni, sedaya-upaya aku cuba mengelak pandangannya ...... "Eh, bukan awak ke yang berebut tempat duduk kat belakang tadi tu?” Fuh, nasib baik aku ada point nak cover malu ni.

Kali ni dia pula yang tersenyum menahan malu, “Aha, sebab saya kan tinggi. Kena la duduk tempat paling belakang, barulah orang lain boleh nampak pensyarah mengajar kat depan. Tapi nak buat macam mana, Zaid dah ambil tempat duduk tu,”


Hampir tergelak aku mendengar alasan dia. Konon baik la tu kan. Biarlah, kanak-kanak ribena memang macam tu, “Oh, okay,” senyum segaris. Dia masih belum beritahu nama penuhnya, tapi aku malas nak panjangkan conversation. Pensyarah dah masuk kelas. Aku dah tak sabar nak buat eksperimen. Yang penting aku harus fokus. Matlamat utama aku ke kolej ini untuk belajar bersungguh-sungguh, masa main aku telah tamat. Belajar, lulus peperiksaan, kemudian aku boleh fly. Tinggalkan semua kenangan hitam di bumi Malaysia ini. Lillahi ta'ala..........

Thursday, February 16, 2012

part 2: Am dan Anna (Episode 2)

Episode 2





10 Julai 2007 - Genap setahun. Dalam waktu itu aku hidup merana. Sedih, menyesal, marah dan geram bercampur baur. Ada masanya, aku sampai hilang akal, terlintas untuk menamatkan hidup. Nyawa yang pada hakikatnya bukan milikku untuk diambil sebelum masanya tiba. Setiap yang hidup pasti akan mati…In fact, the only certainty in life is death…Cuma manusia tak tahu waktunya bila….Bunuh diri bukanlah penyelesaian yang dicari. You gain nothing, but you lose everything.

Sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah itu jauh lebih luas dari kemurkaanNya….Aku bersyukur. Aku, seorang hamba yang hina, kotor, penuh dengan noda dan dosa. Yang telah menzalimi diri sendiri. Bergelumang dengan lumpur dan kejelikan jahiliyyah. Namun, oleh kerana belas kasihanNya, aku masih di sini pada hari ini. Masih menghirup udara segar, masih celik melihat alam, masih boleh mendengar kicauan burung dan angin menderu. Malah, aku masih dikurniakan nikmat terbesar yakni Iman dan Islam...Allah itu Maha Pengampun, Allah juga Maha Pengasih. Kasih sayangNya terhadap manusia terbukti dengan janjiNya bahawa pintu taubat sentiasa terbuka bagi setiap hambanya selagi nyawa dikandung badan, selagi belum sakaratul maut……Allah subhana wata’ala telah berfirman dalam sebuah hadith qudsi,

“Wahai anak adam, sesungguhnya engkau telah berdo’a pada-Ku dan mengharap pada-Ku, Aku telah ampunkan dosa-dosamu dan Aku tak menghiraukan. Wahai anak adam, andaikan dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta ampunan pada-Ku, Aku akan mengampunimu, dan Aku tidak menghiraukan. Wahai anak Adam, andaikan kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebesar Bumi, kemudian engkau tidak pernah mensekutukan pada-Ku dengan suatu apapun, Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar bumi pula.”


Muhasabah. Kita sebagai manusia, belum tentu mampu memaafkan kesalahan orang lain. Seperti aku, belum mampu memaafkan si dia…walau setahun telah berlalu….luka lama masih berdarah…itulah hakikat manusia….Tapi Allah, tanpa menghiraukan walau dosa hambaNya setinggi langit, sebesar bumi, selagi tidak pernah menyekutukanNya, masih dikurniakan keampunan dan diterima taubat. How can I ever say that I do not love You, my Rabb! You saved me from the self-inflicted impending doom….Ya Salam, I am nothing without you. Absolutely nothing.





“Anna!”

Cepat-cepat ditekannya butang enter, pandangan dialihkan dari skrin komputer riba, “Ya, saya.” Senyum sekilas.

“Anna buat apa tu? Main sembunyi-sembunyi je ni. Um, is there anything that I should know?”

Fikirannya melayang kembali ke entri blog yang dikarangnya tadi….Isy, ini adalah rahsia. Antara aku dan Allah sahaja….bisik hati kecilnya….”Tak ada apa-apa. It’s all good,” sambil sengih nampak gigi.

Belum berpuas hati dengan jawapan Anna, “Betul ni?”

“Betul. Nothing to worry about”

“Ok. Do you wanna go to college together or what? Dah lambat ni”

“Ha’a la. Hari ni ada eksperimen kat makmal. Jom.”



Anna mengambil buku-buku latihan beserta nota subjek Kimia, disumbatnya ke dalam sling bag hitam kesayangan. New life, new chapter. Mulakan dengan Bismillah……….

Saturday, February 11, 2012

part 2: Am dan Anna (Episode 1)

(Am dan Anna)

Episode 1

Air. H20. Gabungan dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen. Binaannya mudah. Tidak kompleks dan memeningkan seperti bahan kimia yang lain. Hanya mengandungi dua elemen, gas hidrogen dan oksigen. Tetapi, mengapa hingga saat ini manusia belum mampu mencipta air? Di abad ke 20, manusia hanya boleh mempercepatkan proses kitar semula air melalui proses penyejatan dan kondensasi, dan menghalakan laluan awan ke kawasan-kawasan kering. Proses yang dinamakan pembenihan awan. Yang mungkin disalahertikan oleh sesetengah pihak sebagai penciptaan hujan oleh manusia. Tidak sama sekali. Bagi ilmuwan sains, mereka tahu bahawa manusia tak mampu melawan kuasa Tuhan dalam mencipta air hanya dari molekul hidrogen dan oksigen. Allahuakbar!


Air. Tanpanya jua tiadalah kehidupan. Dari sudut pandangan sejarah pula, zaman Mesopotamia bermula dari penempatan kecil di tebing sungai. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai. Iaitu sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan. Kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun terawal yang besar lagi berkuasa. Memperkenalkan sistem organisasi manusia yang terdiri daripada rakyat dan pemerintah, pengkhususan dari segi pertahanan, kewangan, pertanian, perniagaan, cukai dan sebagainya. Sebuah rangka kerajaan yang diadaptasi sehingga ke hari ini.


Air. Ianya juga tidak asing dalam Islam. Lambang sebuah ketenangan. Lambang sebuah kesucian. Lambang sebuah kehidupan yang kekal abadi. Sepertimana air yang tidak pernah mati. Terus-terusan mengalir dan berubah bentuk dari awan kepada hujan, kepada sungai kemudian laut, dan menjadi awan semula. Namun tidak sesekali hilang. Syurga dan air amatlah sinonim dalam Al-quran.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, itulah keberuntungan yang besar" [Al-Buruj : 11]



Air. Mampukah aku menjadi sepertinya? Di saat usia menjangkau lewat remaja, aku sendiri tidak terlepas dari kesilapan….Peristiwa hitam itu masih menghantui hidupku. Berulang-ulang tayang seperti pita rakaman yang ditekan butang replay. Bunyi nafas kencang, perasaan takut, anggota tubuh yang kaku, semuanya masih kurasa. Seolah-olah peristiwa itu berlaku semalam. Walhal sudah hampir setahun berlalu…. Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap bilik. Tanpa sedar, mataku mula berkaca. Air jernih menitis jua…satu demi satu….kemudian mengalir deras persis sungai Nil….diiringi esakan yang tak terhenti……Ya Allah, betapa besarnya dosaku ini……..masihkah terbuka pintu taubat buatku?........


*********************************************************************

Tuesday, February 7, 2012

Part 1: Asya (Episode 9)


Episode 9

Berbulan telah berlalu. Kehidupan sebagai pelajar tingkatan 4 banyak pahit manisnya. Monthly tests, Sports Day, mid year exam, union nights, drama competition, college committee interview, semua sudah dilaluinya. Typical for a year at the Centre of Excellence.....Alhamdulillah, prestasi akademik asya masih bagus, aktiviti kurikulum juga tiada masalah. Namun, tak semua yang kita rancang akan terjadi.... 

"And they planned, and Allah (also) planned, and Allah is the best of planners."
 [Al-Imran:54]

Ada waktu gembira, ada waktu susah, ada waktunya kesedihan itu terasa amat susah untuk ditanggung.....masih ada perkara yang harus diselesaikan. Secepat mungkin. Life is getting harder. But then again, nobody says life is easy...all I want now is a closure....a solid decision.......



Pusing kanan, pokok. Pusing kiri, pokok. Pandang depan, jalan tar. Terus berlari. Tak henti-henti. Turun bukit belakang cafe, lalu academic block, masuk ladang getah, melewati swimming pool 300 meter yang menjadi kebanggaan Centre of Excellence. Berlari lagi. Ayah cakap, kalau stress pergi keluar hidup udara segar. Lagi bagus kalau dapat berlari-lari anak. Kosongkan fikiran, lupakan kekusutan. Tapi kepala asya ni banyak sangat masalah. Selagi tak dapat jalan penyelesaian, asya tak nak berhenti. Walau jantung sudah berdegup lebih seratus kali dalam seminit. Walau kedua belah kaki sudah menjerit, bagai nak patah gamaknya. Walau nafas sudah tak tentu arah.
Sampai juga di sports complex. Dari kejauhan mata asya tertumpu pada tiang di hujung padang. Tiang berwarna putih yang tingginya lebih kurang dua meter. Di atasnya terikat kemas jaring berwarna hitam. Asya berhenti berlari. Satu padang ditawaf tiga kali sambil cuba untuk mengembalikan aturan pernafasannya kepada normal. Sambil itu, tangan didepakan untuk stretching permulaan warm up. Langkah diteruskan menuju MPH.

“Assalamualaikum Pak Bujang.”

“Waalaikumsalam warahmatullah.”

“Boleh tolong bukakan stor? Saya nak ambil bola. Terima kasih” senyum tanda hormat.

“Anak datang seorang sahaja? Mana kawan-kawan lain, tak main sekali hari ni?” sibuk tangan Pak Bujang memutar kunci stor sukan.

“Oh, minggu depan final exam. Diorang semua nak study. Tapi saya teringin nak main”
Pak Bujang hanya mengangguk. Mungkin sedikit hairan dengan kehadiran budak seorang ni. Mana ada orang nak bersukan tengah-tengah panas, lagi-lagi dalam bulan Ramadhan…..

Bola oren bernombor 13 itu juga yang jadi pilihan. Bola kegemaran. Bawa tuah mungkin. Isy, karutlah semua tu. Mana boleh percaya. I still have a whole lot of problems to think about. Amal atau Rey? Amal atau Rey? Rey atau Amal? Come on, it has been almost 4 years. You’re such a heartless soul asya!
Separuh sedar, sudah 20 jaringan berjaya dilakukanAim, bend down, push forward and upwards, knees and elbows move synchronously like a spring, release with adequate force, not too much till the ball goes over the pole, not too little force till it cannot even reach the net. Focus, that’s the key.

Oh, yes! That’s it. That boy from Taekwondo class who always has his eyes on me. Kebelakangan ini makin kerap dia smsAwalnya berkenaan hal kelab Taekwondo, akhirnya berlarutan hingga ke cerita keluarga dan macam-macam lagiKu Ahmad Afi. He’s kinda cute. Besides, I’m already 16.  Cikgu Ramlah said that Form 4 and Form 5 students are big enough to have a relationship. Maybe this is my way out. Tak sampai hati nak pilih antara Amal atau Rey. Perlu ada kata putus, asya sedar hakikat itu. Biarlah bukan kedua-duanya. At least they still have each other after this. They can still be friends, no resentment involved. So, Afi it is.….



 (TAMAT bahagian  1)