Episode 8
“Alhamdulillah, sampai juga rumah.”
“Bas mini tadi dahsyat betul, dah macam tauhu sumbat taugeh. Dah penuh, orang dok tolak-tolak lagi. Bau busuk peluh orang campur perfume macam-macam, horror!”
“Sorry la ek. Aisyah pun tak expect ramai orang malam-malam macam ni. Maybe because it’s Saturday night, ramai orang keluar.”
“Takpe, bukan salah Aisyah pun.” Senyum ikhlas.
“So Anna, what do you think?” Pandangannya tepat ke anak mata Anna. Sangat ingin tahu.
“It was alright, I guess. Anna betul-betul terkesan dengan ayat Surah Sad tu.”
“Oh, yang ayat 27 sampai 29 tu ek?”
“Ha’a, bila Allah cakap Dia tak ciptakan apa yang ada antara langit dan bumi dengan sia-sia. Anna terfikir tadi, bila pandang atas, nampak langit yang sangat cantik penuh dengan bintang-bintang bersinar; bila pandang bawah, nampak tanah yang melitupi permukaan bumi. Jadi apa yang ada di tengah-tengah, kita la kan?”
“Betul, kitalah yang Allah maksudkan. Pastu kan Allah cakap dalam ayat selepas tu, orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan tak sama dengan orang yang melakukan kerosakan di bumi; orang bertakwa tak sama dengan orang jahat.”
“Tapi, kalau orang tu dulu dia jahat sangat?”
“Lagi jahat dari Lord Voldemort dalam Harry Potter tu?” saja mengusik
“Haha. Main-main pulak Aisyah ni”
“Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya, suruhlah orang tu baca Quran. Kan Allah cakap dalam ayat seterusnya tu, Al-quran diturunkan penuh berkah agar…” tak sempat nak menghabiskan ayat, Anna dah sambung.
“Agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan orang berakal sihat mendapat
pelajaran. Betul kan?”
“Wah, ingat lagi apa Kak Adz bacakan tadi!” Aisyah kagum.
Senyum puas, “Alhamdulillah. Eh, tadi sebelum pergi Aisyah cakap usrah tu keluarga kan. Kenapa ek?”
“Wah, ingat lagi apa Kak Adz bacakan tadi!” Aisyah kagum.
Senyum puas, “Alhamdulillah. Eh, tadi sebelum pergi Aisyah cakap usrah tu keluarga kan. Kenapa ek?”
“Ye lah, cuba bayangkan kalau ayah kita dapat gaji bonus banyak, beribu-ribu, confirm dia akan agihkan kepada isteri dan anak-anak dulu. Kalau dia gembira dapat sesuatu, confirm dia nak family dia dapat benda yang sama, betul tak?”
“Ahaa…..elaborate lagi?” garu kepala tak faham.
“Kalau Anna ada boyfriend, satu hari tu Anna dapat satu berita gembira, mesti Anna tak sabar nak share dengan dia kan, sebab Anna sayang dia. Bayangkan pulak kalau Anna dapat satu warning sign, mestilah Anna nak bagi tahu dia untuk selamatkan dia. Jadi, dalam usrah ni, kita berkongsi pasal Islam. Apa sahaja ilmu atau kefahaman tentang Islam yang kita dapat, kita nak share dengan ahli usrah so that semua orang dapat kegembiraan tu. Which is the ultimate happiness, Jannah. Kita tegur-menegur, nasihat-menasihati supaya semua orang berada atas landasan Islam yang sebenar. Sebab tu la Aisyah cakap family means nobody is left behind. We don’t want anybody to be left out when we meet again in Jannah. InsyaAllah” Manis senyuman Aisyah, seakan-akan dia tengah membayangkan kemanisan di syurga abadi.
“Bestnya macam tu! Betul, manusia ni pelupa. Most of the time, ignorant. Bagus juga ada orang nak ingatkan dan berkongsi dengan kita. Kalau macam tu, nanti Aisyah nak pergi lagi ajak tau”
“Alhamdulillah kalau Anna rasa macam tu, boleh, dengan izinNya. Jomla tidur, nanti esok nak kemas rumah kan? Good night Anna,” berlalu ke biliknya, meninggalkan Anna di ruang tamu rumah sewa.
Anna duduk bersila di atas sofa. Hatinya sebak. Senyum yang dipaksa
sejak tadi, kini pudar. Airmata mengalir laju di pipi. Ya, aku faham benar
apa yang Aisyah sampaikan. Sebab aku pernah menyayangi si dia. Sungguh indah
perasaan ingin berkongsi kegembiraan dan menjaga satu sama lain. Kalaulah si
dia sayang padaku sedemikian rupa, alangkah indahnya bercinta sampai syurga!
………Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya ..........Allah,
Engkau memang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…….setiap kali aku lari, Engkau
memanggilku kembali…….sebelum ini aku tak pernah menghargai Engkau, malah aku
lebih suka bermain lumpur yang kotor, tapi sikit pun Kau tidak berganjak dari
sisiku……..saat aku putus asa, Kau sentiasa ada………tapi manusia, adakah yang
begitu? Manusia sering meninggalkan aku…….Ya Allah, aku bagaikan mendapat hidup
baru……tolong jangan ambil dia dariku ya Allah……. Aisyah, kalaulah kau tahu apa
yang aku telah lakukan, sudikah lagi kau menjadi sahabatku? You’re my
family now, please don’t leave me behind…